Connect with us

Oh! Media

(Video) Kenduri Kahwin Bertukar Tahlil, Bapa Pengantin Meninggal Seusai Pulang Dari Pejabat Agama

kenduri kahwin

Trending

(Video) Kenduri Kahwin Bertukar Tahlil, Bapa Pengantin Meninggal Seusai Pulang Dari Pejabat Agama

Tular video kenduri kahwin pasangan mempelai bertukar menjadi kenduri tahlil apabila bapa kepada pengantin perempuan meninggal dunia selepas pulang dari pejabat agama.

ADVERTISEMENT

BACA: Kluster Baharu Ditemui, Majlis Kahwin Dan Cukur Jambul Punca Utama?

Siapa sangka, hari yang sepatutnya menjadi bahagia bertukar menjadi pilu dan sedih apabila bapa kepada pengantin perempuan meninggal dunia pada hari pernikahannya.

Lepaskan tanggungjawab sebelum menghadap Illahi

@norchafieqahazri

hari ini kita dikejutkan dengan pemergian ayah pengantin perempuan Inna lillahi wa inna ilaihi rojiun…

♬ Allah Allah Aghisna – Veve Zulfikar

Sesungguhnya, Allah uji seseorang hamba itu kerana Allah sayang. Perkongsian video dari TikTok telah membuatkan semua netizen yang menonton jadi sedih dan mengucapkan takziah kepada keluarga pengantin

Menurut pemilik video, ayah kepada pengantin perempuan sudah kelihatan letih sebelum majlis pernikahan berlangsung. Katanya, semasa di pejabat agama, ayah pengantin tersebut tidak turun kereta dan ustaz hanya ambil tanda tangannya untuk persetujuan wali.

kenduri kahwin

Rata-rata netizen mengucapkan takziah dan sama-sama berkongsi rasa sebak dan sedih. Ada yang mengatakan ayah pengantin perempuan tersebut sempat melepaskan tanggungjawabnya kepada pengantin lelaki sebelum dia pergi menghadap illahi.

kenduri kahwin
kenduri kahwin
kenduri kahwin

Sungguh besar dugaan pasangan pengantin ini. Semoga Allah permudahkan urusan mereka sekeluarga dan diberi kekuatan menempuh rintangan yang mendatang. Sungguh, kita tidak tahu bila orang disekeliling kita akan pergi, jadi teruslah berbuat baik dan bertanya khabar antara satu sama lain.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas