Connect with us

Oh! Media

Bainun Nafi Dera Bella, Dakwa Kesan Cedera Bella Sebab Gaduh Dengan Penghuni Lain

Featured 713x401 No Box 37

Oh! Tidak

Bainun Nafi Dera Bella, Dakwa Kesan Cedera Bella Sebab Gaduh Dengan Penghuni Lain

Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali dalam prosiding hari kedua hari ini memberitahu mahkamah kesan gigitan di perut remaja sindrom down, Bella adalah daripada kejadian pergaduhan dengan seorang penghuni dikenali sebagai Balqis.

BACA: Siti Bainun Dakwa Video Bella Punca Dirinya Diugut, Hilang Segala-Galanya

Memetik laporan Harian Metro, Siti Bainun berkata, punca pergaduhan di antara dua remaja itu adalah kerana Bella memakai pencuci muka Balqis.

IKLAN
04c76581afaf9e9e5062e5599d58840a 1

Dakwanya lagi, selepas memakai krim, mereka berlari dan berkejar satu rumah sebelum gigit satu sama lain.

Siti Bainun mendakwa dia ada letak minyak gamat dan krim untuk merawat, dia juga telah memarahi dua remaja itu seperti mana ibu bapa lain menegur anak yang bergaduh.

Saya pun tak faham kenapa Bella dengan Balqis ini tak boleh sesuaikan diri (tak boleh jumpa dan kerap gaduh).

Dakwa Bainun lagi, Bella turut mengaku mengenai isu pergaduhan dengan Balqis ketika ditanya peguam dalam prosiding pendakwaan sebelum ini.

99b0b50e 6ef3 459f b5df b87b899a3542

Mengenai kesan melecur di badan Bella pula, Bainun mendakwa ia berlaku apabila termos berisi air panas tersimbah ke arah Bella. Ketika itu Bella bergaduh dengan Balqis pada Mei 2021.

Saya tidak mendera Bella. Jika benar saya berniat untuk mencederakan Bella, tidak mungkin saya cuba menyembuhkan Bella, bertanya kepada ahli farmasi ubat-ubatan yang sesuai untuk merawatnya dan menghabiskan wang ringgit bagi membeli segala keperluan dan ubat-ubatan terbaik untuknya.

Bainun dalam prosiding bela diri itu turut berkata hasil pemeriksaan doktor Dr S Meenambigai di bahagian kecemasan dan trauma mendapati paru-paru, abdomen dan kaki Bella menunjukkan keputusan normal.

Jelasnya, keputusan itu menunjukkan dia tak tak memijak atau menendang perut Bella. Katanya lagi, kaki Bella juga dilaporkan tak bengkak sedangkan dia dituduh menyuruh Bella berdiri lama setiap hari.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas