Connect with us

Oh! Media

Risiko Gemuk Selepas Berhenti Merokok?

F2698c87 5150 4235 b911 1d01459a5258

Trending

Risiko Gemuk Selepas Berhenti Merokok?

Kepada perokok tegar diluar sana, ada sesiapa yang berniat untuk berhenti merokok tak? Terdapat satu kajian baru mendapati yang tindakan untuk berhenti merokok akan mengakibatkan kegemukan. 

Menurut laporan Kosmo, perokok akan mengambil makanan tinggi kandungan lemak serta manis bagi memenuhi ketagihan mereka menggantikan rokok. 

Ianya disebabkan sistem opioid atau fungsi otak yang bertanggungjawab terhadap ketagihan dan selera makan dan kajian ini telah dibuat oleh kumpulan penyelidik dari Universiti Minnesota. 

IKLAN

Kami menilai sama ada penghentian pengambilan nikotin akan menyebabkan peningkatan pengambilan makanan ringan yang tinggi dengan kandungan garam, lemak dan gula. 

Mereka juga dikatakan turut mengkaji bagaimana reseptor yang menurunkan tekanan dalam sistem opioid terlibat dalam proses ini.

Ini kerana dengan mengatasi cabaran tersebut dalam proses rawatan, ia dapat membantu pesakit berhenti merokok dan dalam masa sama, memahami tabiat pemakanan mereka serta menggalakkan keputusan yang lebih sihat.

Kajian itu juga dibahagikan kepada dua kumpulun iaitu perokok dan bukan perokok yang tidak mengambil sebarang nikotin selama dua jam. Kemudian, mereka diberikan sejenis ubat untuk merawat pesakit yang mempunyai masalah ketagihan bahan tersebut.

Setelah 24 jam, hasil kajian mendapati bahawa individu yang ingin berhenti merokok mengambil lebih makanan berkalori berbanding yang tidak merokok.

Apa pandangan korang? Semoga yang berniat untuk berhenti merokok tu tercapai. Niat kena kuat! 

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas