Connect with us

Oh! Media

“Apa Yang Dibangkitkan Cikgu Mohd Fadli Salleh Ini Ada Asasnya” – Asyraf Wajdi

Trending

“Apa Yang Dibangkitkan Cikgu Mohd Fadli Salleh Ini Ada Asasnya” – Asyraf Wajdi

Gara-gara membangkitkan beberapa isu mengenai sistem pendidikan negara, Cikgu Mohd Fadli Salleh menerima surat tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

ADVERTISEMENT

BACA: Guru Dapat Surat Tatatertib Hanya Kerana Jujur Mengenai Sistem Pendidikan Negara

Perkara itu telah mendapat respon orang ramai termasuk Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Silibus syok sendiri

Dalam satu hantaran di Facebook, beliau berkata apa yang dibangkitkan oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh ada asasnya.

Antara yang menjadi perhatian adalah silibus syok sendiri yang terlalu tinggi dan padat.

Beliau sendiri pernah pertikaikan mengenai topik insurans atau takaful yang dibincangkan murid tahun 6 di bawah subjek Matematik.

Katanya topik ini terlalu berat sehingga pelajar sekolah menengah belum tentu faham mengenainya.

Saya hampir 10 tahun mengajar subjek Kewangan Islam di UIA dan kepada pemain industri perbankan, takaful dan kewangan dahulu pun, apabila masuk bab Takaful pun bukan mudah pelajar peringkat universiti hatta pemain industri nak hadam.

Malah, isteri beliau yang merupakan seorang profesor dalam bidang takaful di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) pun sukar nak jelaskan kepada anak mereka di tahun 6 jika ditanya mengenai topik ini.

Cadang guna tablet atasi masalah beg berat

Dalam hantaran lain, beliau ada berbincang dengan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Datuk Seri Alias Ahmad mengenai isu beg berat yang sampai sekarang tak jumpa jalan penyelesaian.

Beliau mencadangkan pelajar guna tablet yang lebih efektif dan selaras dengan kemajuan teknologi kini. Namun, pelajar di luar bandar mungkin hadapi kekangan dari segi internet pula.

Beliau juga dah ambil kira kos tablet yang dianggarkan sebanyak RM4 billion.

Apa pendapat korang, okay ke cadangan guna tablet ni?

Kredit: Facebook Dr Asyraf Wajdi Dusuki

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas