Oh! Artis
Anak Sulung Harris Annuar Dan Asha Merican Ada Iras Orang Turki, Raih Pujian Netizen
Pasangan Selebriti Harris Annuar dan Asha Merican meraih perhatian dikalangan pengikutnya selepas menunjukkan kecomelan anak sulung mereka iaitu Aura Medina.
Perkongsian ini telah dibuat oleh Harris menerusi sebuah hantaran di akaun TikTok miliknya, semalam.
Menurut video perkongsian tersebut, Harris menggelar anaknya sebagai makcik Turki kerana raut wajanya yang ada iras orang yang berasal dari negara itu.
Makcik turki nak keluar berjalan. Ini dia makcik Turki. Makcik jual karipap ke? Comelnya.
Dek kerana kecomelan wajah anak perempuannya itu, ia telah meraih pelbagai komen dalam kalangan warga netizen.


Sedikit info, Harris dan Asha telah mendirikan rumah tangga pada 11 Jun 2022 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Aura Medina yang kini berusia 2 bulan.
Kredit: Xtra
+Baca respons pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media,
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM