Connect with us

Trending

Anak ‘Orang Atasan’ GISBH Dedah Ibu ‘Terseksa’ Dan Lalui Pelbagai Trauma 

Sehingga ke hari ini isu melibatkan GISB Holdings sememangnya menjadi topik hangat di media sosial dan terbaru, salah seorang anak bekas ‘orang atasan’ di syarikat terbabit tampil bersuara.

Menerusi Tiktok, wanita tersebut meminta orang ramai untuk berhenti menyokong GISBH kerana pernah melalui pelbagai trauma termasuklah ibunya yang hingga kini perlu mengambil ubat disebabkan tekanan yang diterima sewaktu bergelar pengikut di sana.

IKLAN

Dapat dilihat dalam video yang dimuat naik, wanita yang dikenali sebagai Sabrina Bolivar mendedahkan dirinya merupakan anak orang di gerakan Al-Aqram yang kini muncul sebagai Global Ikhwan Service and Business Holdings.

@sabbybolivar

Please stop backing up a cult. If they want to develop muslim economy, first order of the business is to take care of their own Amanah (children). Me and my siblings were lucky we had caring grandparents that took us out of the cult. gisb

♬ original sound – Sabrina Bolivar – Sabrina Bolivar

Namun begitu, bapanya telah meninggal dunia, tetapi ibunya mash dalam keadaan tidak baik akibat turut berada dalam gerakan tersebut.

Kata Sabrina, selepas pihak GISBH mengetahui ibunya sudah bergelar janda, dia dikahwin dengan salah seorang ustaz atas orang atasan dalam gerakan terbabit sebagai isteri keempat.

Dedah Sabrina, hasil perkahwinan ibu dan bapanya, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata dan selepas melahirkan adik bongsu, ibu wanita itu mengalami postpartum depression hingga kini akibat trauma yang dihadapi.

Lebih mengejutkan, Sabrina memberitahu tugas ibunya menjadi isteri keempat adalah membasuh kencing dan berak anak anak dari isteri pertama hingga ketiga termasuk sekali anak sendiri sedangkan semasa belajar di universiti, ibunya merupakan pelajar perubatan.

Sabrina berasa bersyukur kerana ‘diselamatkan’ oleh neneknya dan berjaya membawa ibu keluar dari tempat tersebut serta berharap agar orang ramai mendoakan kesejahteraan ibu kembali pulih.

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Tiktok


Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas