Connect with us

Oh! Media

Anak Kandung Dipaksa Lakukan Sumbang Mahram, Dirogol Sejak Usia 12 Tahun

dirogol

Trending

Anak Kandung Dipaksa Lakukan Sumbang Mahram, Dirogol Sejak Usia 12 Tahun

Kejadian di sebuah rumah kampung di Tumpat, Kelantan, seorang pelajar tingkatan tiga memaklumkan bahawa dirinya telah dirogol oleh bapa kandungnya sejak berusia 12 tahun.

ADVERTISEMENT

BACA: Pemain Bola Sepak Kena Tangkap Disyaki Rogol Remaja Bukan Dari Kelantan FC

Menerusi laporan Kosmo, suspek yang merupakan penganggur itu berjaya dicekup kerana dipercayai terlibat dalam kes pukul semasa polis menjalankan serbuan di Wakaf Bharu.

Kena paksa buat seks

dirogol

Menurut Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah, kira-kira jam 11.09 pagi Ahad, polis menerima laporan berkaitan kejadian yang menimpa mangsa.

Mangsa beritahu bahawa ayahnya telah datang ke biliknya dalam jam 12 malam dan memaksanya melakukan hubungan seks.

Mangsa yang merupakan pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah di Kota Bharu memaklumkan bahawa dia telah dirogol bapanya itu sejak berusia 12 tahun.

Mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu dan pemeriksaan mendapati ada kesan koyakan lama pada kemaluan remaja itu.

Makin banyak perkara macam ni berlaku di Malaysia. Di manakah pergi ihsan seorang bapa? Dah tak dapat nak bezakan antara yang baik dan buruk? Allahu, semoga kita semua terhindar daripada melakukan dosa-dosa besar dan perbuatan terkutuk sebegini.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media 

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas