Trending
Anak Dihalang Jumpa Bapa Di Wad Kecemasan Gara-Gara Skirt Atas Lutut?
Seorang wanita meluahkan rasa tidak puas hati mendakwa dia tidak dibenarkan melawat bapa di wad kecemasan hanya kerana memakai skirt atas lutut.
Menerusi hantaran yang dibuat Eliza Nathaniel di Twitter, pengawal keselamatan bertugas menghalangnya dengan alasan dia tidak menepati skop pemakaian pelawat di hospital.
Tak dibenar lawat bapa di wad kecemasan?
I have been denied entry to see my dad in the Emergency Ward, not cause of Covid, noooo friends, not cause its not allowed (cause one person is allowed at a time) but BECAUSE I WAS DEEMED DRESSED INAPPROPRIATE. I wore a shift shapeless with sleeves AND JUST ABOVE THE KNEE…. pic.twitter.com/MIwRyWJvJ1
— Eliza Nathaniel (@elizanathaniel) March 16, 2022
Jelasnya, dia memakai skirt hanya satu inci daripada paras lutut dan dalam keadaan kecemasan dia tidak sempat menukar pakaian bersesuaian.
Macam mana kalau ayah saya meninggal dunia dan ini peluang terakhir saya berjumpanya? Sebab saya pakai kain satu inci daripada lutut?
Dakwanya lagi, dia melihat ada yang memakai seluar pendek masuk tetapi dia dipanggil keluar “Amoi kenapa pakai skirt? Cepatlah amoi”.
Respon DG Hisham
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, pihak hospital telah menegur pengawal keselamatan yang melarang wanita terbabit daripada melawat bapanya.

Jelasnya, pengawal itu dinasihati agar mengamalkan tatacara komunikasi yang sesuai ketika berurusan dengan pesakit atau waris.
Kredit: Twitter DG Hisham | Eliza Nathaniel
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM