Trending
“Anak Cerita Dok Bersayang-Sayang Love You Bagai” – Bekas Isteri Faisal Halim Bersuara
Bekas isteri Faisal Halim tampil mempertahankan diri selepas netizen mengkritiknya kerana berpisah.
Bekas isteri pemain kebangsaan Faisal Halim iaitu Nur Syazwani kembali menjadi perhatian selepas memuat naik luahan di Instagram Story.
Perkongsian tersebut membuatkan ramai tertanya-tanya kerana Syazwani mendakwa ada individu cuba menyembunyikan sesuatu, tetapi pada masa sama menuding jari menyalahkannya.
”Nak sembunyi-sembunyi tapi buat kerja tak clean”

Luahan tersebut menunjukkan bahawa Syazwani mengetahui sesuatu melalui anaknya, dan itu membuatkan dia tidak lagi mampu berdiam diri apabila kesalahan diletakkan sepenuhnya di bahunya.

Dalam perkongsian lain, Syazwani turut mengakui dirinya jarang bersuara, namun keadaan kini sudah melepasi batas.
Dia juga menyentuh isu maruah yang didakwa tidak pernah dipertahankan oleh individu yang sepatutnya berada di pihaknya.

Menurut Syazwani lagi, dia tidak kisah jika ada orang bercerita tentang dirinya, namun apabila melibatkan anak, itu adalah perkara yang tidak boleh dikompromi.
Kau boleh cerita pasal aku dekat sapa sapa ja untuk nampak diri kau betul.. dan aku tak pernah kisah kau nak bercerita dekat sapa or bercerita apa.. tapi kau kena ingat Allah tak pernah tidur.
Kenyataan itu mengundang pelbagai reaksi netizen, lebih-lebih lagi selepas perceraian mereka diumumkan secara terbuka sebelum ini.
Pssttt! Bila maruah dipijak dan anak menjadi mangsa keadaan, tiada ibu yang mampu terus berdiam. Semoga kedua-duanya menemui jalan penyelesaian terbaik demi emosi anak mereka.
Kredit: Instagram Nur Syazwani
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM