Trending
Aliff Syukri Teringin Masuk Komuniti ‘Old Money’, Anak ‘Melawak’ Nak Beli TRX Ke?
Usahawan terkenal, Dato’ Sri Aliff Syukri sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila mencuba gaya fesyen ‘old money’ yang kini menjadi viral.
Seperti biasa, aksinya tidak lengkap tanpa momen lucu bersama anak-anak. Dalam satu hantaran di Instagram, Aliff Syukri tampil segak mengenakan sut kelabu gelap, lengkap dengan gaya klasik ala golongan bangsawan.
“Abah nak jadi old money” – Aliff Syukri
Kata Aliff Syukri, dia teringin masuk komuniti ‘old money’. Anak perempuannya, Qadejah kemudian berseloroh bertanya sama ada bapanya itu ingin membeli bangunan TRX.
Tidak cukup dengan itu, Qadejah turut mencadangkan bapanya menyarungkan sweater di bahu untuk lebih menyerupai gaya ‘old money’.
“Ni bukan old money, ni have money” – Netizen

Ruangan komen hantaran tersebut dipenuhi dengan pelbagai reaksi daripada netizen. Ramai yang memuji keakraban keluarga ini serta keletah lucu anak-anak Aliff Syukri.
“Ni bukan old money, ni have money” – Netizen
Tidak kurang juga yang berkongsi pendapat mengenai fesyen ‘old money’ yang kini semakin popular. Adui buat hal lah Dato’ ni, agak-agak sesuai tak gaya ‘old money’ dengan beliau?

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram aliffsyukriterlajaklaris