Trending
“Macam Mana La Diorang Tebalkan Muka” – Geng ‘Old Money’ Andika Putera Kena Kecam Teruk
Pempengaruh media sosial, Andika Putera kembali menjadi bualan ramai selepas tampil dengan gaya unik iaitu ‘old money’.
Andika mengejutkan ramai apabila menubuhkan komuniti ekslusif tersebut sehingga mendapat lebih 300 pendaftaran dalam masa seminggu.
Komuniti ‘old money’ Andika Putera
Dalam satu perkongsian di Instagram, Andika, atau nama penuhnya Muhamad Andika Putera, memuat naik video dirinya berjalan bergaya di ibu kota bersama tiga lagi ahli komuniti tersebut.
Dalam video tersebut, Andika turut memperkenalkan seorang ahli iaitu Akmal yang hadir untuk photoshoot gaya ‘old money’ di Kuala Lumpur.
Netizen kurang berkenan

Di ruangan komen, pelbagai respon yang ditinggalkan netizen melihat gaya tersebut. Menurut mereka, tidak semua orang sesuai menggayakan old money kerana ianya memerlukan ‘aura’ untuk kelihatan mahal.
“Geng baru old money, macam mana la diorang tebalkan muka” – Netizen
#OhmediaNasihat
Kadang-kadang, dalam usaha untuk kelihatan berbeza, kita lupa nilai kesederhanaan dan keaslian. Tak salah bercita-cita tinggi, tapi yang lebih penting adalah usaha yang berterusan untuk berjaya. Berbanggalah dengan apa yang kita ada dan kejarlah impian kita secara tulen, kerana aura kaya yang sebenar tak perlu dipamerkan, ia terpancar dari dalam.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram Andika Putera