Trending
“Aku Tak Perlukan Manusia” – Isteri Aslam, Misya Mazlan
Masih hangat diperkatakan di media sosial mengenai kemelut rumah tangga Misya Mazlan dan suaminya, Aslam selepas anak kepada Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania didakwa menjadi isteri kedua lelaki itu.
BACA: Isteri Aslam, Misya Mazlan Akhirnya Bersuara Dan Reda Bermadu Dengan Marissa Dania?
Terbaru! Menerusi satu video di Tiktok, Misya berkongsi mengenai surah kegemarannya yang selalu dibaca ketika menghadapi ujian hidup.
Setiap kesukaran mesti akan ada kesenangan, saya suka ingat benda itu..
Allah ada, aku tak perlukan manusia. Jadi bila kita sedih, buka Al-Quran baca dan teliti ayat-ayat.
Bukan tu jer, Misya juga sempat mengalunkan ayat daripada surah Al-Insyirah yang dikatakan memberi makna yang mendalam kepadanya.
Yang Misya suka adalah surah Al-Insyirah. Ayat nombor enam, Allah takkan uji kita kalau kita tak mampu.
Kalau korang tengok ruangan komen, ramai yang mendoakan Misya tetap bersabar dalam menjalani ujian rumah tangga dan memuji ketabahannya.
Mulianya hatimu, merdunya suara mu Misya. Nada lembut dan bunyi tertib. Ya betul Allah tak akan uji kita seberat apa pun kalau kita tak mampu.
Sesungguhnya syurga itu mahal, ujian tanda Allah sayang. Betul kata Misya, sentiasa ingat Allah.
Awak kuat, semoga awak lebih kuat lagi selepas ini.
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM