Kian menjadi sohor di media sosial membabitkan seorang pelajar yang menuntut di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), arwah Zulfarhan Osman Zulkarnain.
Semalam, enam bekas pelajar UPNM terlepas hukuman gantung apabila dijatuhi hukuman penjara 18 tahun oleh Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah menyebabkan kecederaaan tanpa niat.
Bagaimanapun, selepas empat tahun masyarakat menunggu bagi menuntut keadilan, akhirnya terjawab dan berharap agar peristiwa menyanyat hati ini tidak berulang lagi.
Salah seorangnya adalah bapa mangsa, Zulkarnain, yang mengakui bersyukur melihat pelaku anaknya itu menerima balasan yang setimpal walaupun tidak dikenakan hukuman gantung.
Sering menangis lihat barang arwah Zulfarhan
Sementara itu, ibu kepada Zulfarhan, Hawa Osman mengakui masih tidak mampu melupakan pemergian anaknya selain kerap menangis apabila melihat pingat milik Zulfarhan.
Katanya ketika ditemu bual wartawan, arwah sebelum ini pernah berpesan agar sentiasa melihat pingat tersebut jika merinduinya.
Saya sebagai ibu amat terkesan dan selalu menangis mengenangkan arwah kerana bergantung kepada Zulfarhan untuk membawa saya ke mana-mana.
Selain itu, Hawa juga sempat menitipkan nasihat kepada tertuduh agar tidak melakukan kesalahan itu lagi selepas dibebaskan daripada hukuman penjara.
Kepada tertuduh, mereka diberi pulang oleh hakim kerana kesalahan pertama. Jangan ada kesalahan kedua, ketiga selepas dibebaskan daripada hukuman penjara, itu yang saya minta.
Rakan lama dedah sifat baik Zulfarhan
Sehubungan itu, rakan lama kepada Zulfarhan juga turut tampil mendedahakan sifat baik arwah ketika mereka masih menuntut di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Menerusi perkongsiannya di aplikasi TikTok bernama @ayish_falik, pemuda itu menyatakan bahawa arwah merupakan seorang kawan yang baik serta sering melawat rakan-rakannya walaupun berlainan tempat belajar.
Selain itu, pemuda itu itu juga turut menyelitkan beberapa keping gambar kenangan ketika zaman Pra-Diploma dan aktiviti yang dilakukan bersama arwah.
Tidak cukup dengan itu, dia juga turut mendedahkan sifat peribadi Zulfarhan di asrama seperti menyorongkan bantal serta selimut jika melihat rakannya tidur tidak mengenakan sebarang bantal.
Dia juga mengakui terkejut melihat pengakhiran yang berlaku kepada sahabatnya selain berharap agar arwah ditempatkan dalam syurga Allah.
Netizen turut beri pelbagai reaksi
Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen juga turut sebak milihat perkongsian itu selain turut mendoakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Setakat ini, perkongsiannya itu telah mencapai lebih dari 500,000 jumlah tontonan serta mendapat 68,400 tanda suka.