
Trending
Aksi Mesra Ameera Khan Dan Jefri Nichol Di Milan Undang Perhatian Netizen Negara Luar
Ameera Khan dan Jefri Nichol curi tumpuan dengan foto mesra di Milan sampai netizen dari negara luar pun komen!
Pempengaruh media sosial terkenal, Ameera Khan kembali mencuri tumpuan apabila berkongsi detik mesra bersama kekasihnya, Jefri Nichol ketika bercuti di Milan, Itali.
Menerusi Instagram, pasangan itu dilihat berpegangan tangan erat sambil berjalan di kota romantik itu, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Penampilan manis Ameera Khan undang pujian
Kalau korang tengok gambar itu, Ameera tampil manis mengenakan gaun merah jambu tanpa lengan, manakala Jefri pula bergaya dengan kemeja nude dan seluar putih, memperlihatkan gaya santai mereka sepanjang percutian.
Netizen Indonesia dan Malaysia sama naik!

Menariknya, bukan sahaja peminat Malaysia, malah netizen Indonesia turut membanjiri ruangan komen, memberikan pelbagai reaksi terhadap pasangan romantis ini.
Ramai menyatakan mereka menyukai gandingan tersebut dan ada yang mendakwa Jefri kini kelihatan lebih tenang dan stylish sejak bersama Ameera.
Pssttt! Kalau dah bercinta, semua nampak indah. Tapi jangan lupa, mata netizen sentiasa memerhati. Jaga batas, jaga nama baik, terutama bila bergelar public figure.
Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
