Connect with us

Oh! Media

Aksi Lelaki Selamba Cium Pemandu Bas Wanita Berkali-Kali Depan Penumpang Undang Perhatian

Untitled Design   1

Trending

Aksi Lelaki Selamba Cium Pemandu Bas Wanita Berkali-Kali Depan Penumpang Undang Perhatian

Tular di media sosial satu video memaparkan seorang pekerja syarikat bas ekspres duduk dekat ‘gear’ sambil mencium pemandu bas utama yang merupakan seorang wanita. Allahu, tak malu ke?

Kalau korang tengok video dimuat naik mStar ni, staf lelaki itu selamba mencium pipi pemandu wanita yang sedang membawa bas itu berkali-kali dan buatkan penumpang berasa kurang senang.

3e9b3c88 ff3b 4cd6 953f 821bac769c28

Difahamkan yang bas berkenaan daripada Terminal Bas Larkin, Johor dalam perjalanan menuju ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur. 

IKLAN

Individu yang merakam aksi berkenaan juga memaklumkan yang bas itu sepatutnya ambil penumpang pada pukul 3 petang tapi lambat.

Larkin ke TBS, bas 3 petang! Dah delayed, pukul 6 petang bas baru sampai… tak ada maklum apa-apa, alih-alih pemandu macam ni.

Perkhidmatan teruk! Yang bawa tu perempuan.

Kalau korang tengok video kedua, lelaki berkenaan sempat lagi tolong tukarkan gear sewaktu wanita berkenaan memandu. Wah! Bukan main ya.

Walau bagaimanapun, pihak syarikat bas persiaran tersebut telah mengambil maklum hal ini dan kedua-dua individu yang terbabit dikenakan pemotongan gaji terakhir, selain dibuang kerja serta-merta.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas