Connect with us

Oh! Media

Aiman Tino Dikejarkan Ke Hospital Akibat Demam Denggi

aiman tino

Oh! Artis

Aiman Tino Dikejarkan Ke Hospital Akibat Demam Denggi

Penyanyi Aiman Tino dikerjakan ke sebuah pusat perubatan di Johor akibat demam denggi sejak Sabtu yang lalu.

ADVERTISEMENT

Menurut Aiman, suhu badannya telah mencecah 40 darjah celcius tetapi selepas menerima rawatan doktor dia disahkan diserang penyakit bawaan virus itu.

Sepatutnya saya ke Johor ini untuk menjalani penggambaran telemovie. Tapi pada hari Rabu saya dah mula demam. Khamis dan Jumaat saya hanya duduk berehat di hotel saja.

Saya mula shooting Isnin lepas dan Rabu tu dah mula tak sihat terpaksa ambil cuti dua hari. Sabtu saya sambung kerja ingat dah betul-betul sihat tapi malam tu saya muntah empat kali.

Pergi hospital bila doktor check tekanan darah rendah dan badan terlalu panas sehingga cecah suhu 40 dan keputusan darah keluar doktor beritahu saya kena denggi.

Aiman atau nama sebenarnya Muhammad Aiman Yusri memaklumkan sebelum ini dia menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Baharu dan kemudiannya dipindahkan di Hospital Pakar KPJ Johor.

Tambahan, penyanyi berusia 25 tahun itu ditemani oleh isteri tercinta iaitu Che Syarah Haifah sepanjang berada di Johor.

Sekarang ini saya di Johor dengan isteri saya. Dia yang pantau keadaan saya di sini sekarang.

Aiman Tino

Namun, Aiman memberitahu bahawa keadaanya kini semakin pulih dan berharap dapat kembali semula bekerja kerana tidak mahu membebankan tenaga produksi yang lain.

Sekarang Alhamdulillah keadaan saya makin pulih dipantau tapi kata doktor jangkitan dah merebak ke hati jadi doktor masih buat pemeriksaan darah untuk pemantauan.

Cuma saya rasa lebih sihat dan tak macam awal-awal haritu. Kalau keadaan saya bertambah baik, mungkin sehari dua lagi boleh keluar hospital.

Saya sekarang memang fikir nak sambung kerja saja. Sepatutnya memang kami shooting direct sampai 30 haribulan.

Malah, penyanyi itu turut menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan menjaga kesihatan.

Saya cuma nak nasihatkan dekat orang ramai untuk lebih berhati-hati. Memang doktor pun cakap denggi tengah berleluasa sekarang.

Jaga kebersihan sekeliling kita terutamanya kawasan perumahan dan elakkan perkara yang boleh membuat nyamuk aedes membiak.

BACA: Aiman Tino Sah Bergelar Suami Kepada Syarah Haifa

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas