
Oh! Artis
Aiman Tino Sah Bergelar Suami Kepada Syarah Haifa
Oleh
Penyanyi, Aiman Tino kini sah bergelar suami kepada wanita pilihannya, Syarah Haifa dengan sekali lafaz dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Dewan Astana, Bamboo Hills, Taman Bamboo, Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, majlis akad nikah ini disaksikan oleh keluarga dan kenalan rapat kedua-dua pasangan.
Pasangan dua mempelai itu dinikahkan oleh jurunikah Mohd Azri Ahmad Kamil Al-Hafiz, Penolong Pendaftar Nikah, Cerai, Rujuk Jabatan Agama Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi) dengan mas kahwin RM5,000 manakala wang hantaran dirahsiakan.
Tambahan, Aiman turut memberikan seutas gelang tangan untuk pasangan pilihan hatinya.
Mohamad Aiman atau lebih dikenali sebagai Aiman Tino dan Syarah atau Che Syarah Haifa Che Isa sudah berkawan selama empat tahun dan bersama-sama mengusahakan cookies theogsbake.
Hubungan istimewa mereka mula terjalin sejak lima bulan lalu sehingga Aiman nekad untuk ke fasa seterusnya. Aiman telah merisik Syarah pada Januari lalu.
Malah, majlis resepsi pasangan ini akan diadakan di Magica Hall, Subang Bestari pada 6 Mei ini.
Kredit: Harian Metro
