Connect with us

Oh! Media

Mayat Warga Emas Ditemui Dalam Plastik, Dipercayai Maut Ketika ‘Projek’ Dengan Isteri Orang

Trending

Mayat Warga Emas Ditemui Dalam Plastik, Dipercayai Maut Ketika ‘Projek’ Dengan Isteri Orang

Seorang lelaki berusia 67 tahun disahkan meninggal dunia selepas terkena serangan jantung ketika melakukan hubungan seks dengan teman wanitanya.

ADVERTISEMENT

BACA: Perompak Sempat Paksa Nenek Berusia 92 Tahun Lakukan Hubungan Seks Sebelum Melarikan Diri

Memetik laporan India Today, wanita tersebut kemudiannya bertindak melupuskan serta membuang mayat tersebut bersama-sama abang dan suaminya kerana takut ditangkap.

Setelah seminggu pencarian dilakukan, mayat lelaki yang dikenali sebagai Bala Subramanian itu akhirnya ditemui dalam beg plastik.

Penemuan mayat itu berjaya dilakukan selepas ahli keluarga Subramanian membuat laporan polis kerana risau dengan keberadaannya yang tidak pulang setelah sekian lama.

Difahamkan, Subramanian meninggalkan rumahnya ketika menghantar cucunya ke kelas badminton pada 16 November lalu sebelum memaklumkan kepada menantunya bahawa dia akan pulang lewat kerana ingin menguruskan hal peribadi.

Sementara itu, polis mengesahkan bahawa kes ini akan disiasat di bawah seksyen berkaitan Kanun Keseksaan India (IPC) serta mayat mangsa telah dihantar ke hospital bagi proses bedah siasat.

Kredit: India Today

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas