Connect with us

Oh! Media

Perompak Sempat Paksa Nenek Berusia 92 Tahun Lakukan Hubungan Seks Sebelum Melarikan Diri

Trending

Perompak Sempat Paksa Nenek Berusia 92 Tahun Lakukan Hubungan Seks Sebelum Melarikan Diri

Malang nasib seorang wanita yang berusia 92 tahun di Australia, apabila dia telah menjadi mangsa rogol pada Sabtu lepas.

ADVERTISEMENT

Menurut polis, suspek yang dikenali sebagai Craig Anthony Wheatman, 28, itu telah memaksa wanita malang itu untuk melakukan hubungan seks bersamanya tanpa kerelaan wanita itu. Kejadian ngeri itu juga dipercayai telah berlaku pada pukul 2 pagi Sehingga 3.45 pagi selepas suspek memecah masuk ke dalam rumah mangsa.

Wajah suspek yang dikongsikan oleh pihak polis.

Bukan saja merogol, tetapi suspek juga turut membawa lari beg dan wang tunai milik mangsa.

Mangsa yang dikatakan berada dalam keadaan ketakutan pada ketika itu, terus menghubungi anaknya dan menceritakan hal yang terjadi sebelum ia dilaporkan kepada polis.

Suspek pula dilaporkan telah berjaya ditahan semasa pihak polis menjumpainya dalam keadaan berkaki ayam pada keesokan harinya (Ahad) dan telah didakwa atas kesalahan merogol dan merompak. 

Haihh, makin tenat dah dunia sekarang ni, nenek yang berumur 92 tahun pun kau boleh bernafsu. Barangkali suspek adalah seorang seks ‘addict’. Jadi, hati-hatilah semuanya, lebih-lebih lagi pada kaum wanita di luar sana.

Kredit: Daily Star

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas