Connect with us

Oh! Media

Adik Zayn Rayyan Ditemui Lengkap Dengan Pakaian Sekolah

zayn rayyan

Trending

Adik Zayn Rayyan Ditemui Lengkap Dengan Pakaian Sekolah

Semalam kita dilaporkan tentang kehilangan seorang kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin. Kehilangannya disedari ibu mangsa pada tengah hari semalam di Damansara Damai dan ditemui di aliran anak sungai berhampiran kawasan rumah mereka pada jam 10 malam tadi.

ADVERTISEMENT

BACA: Masih Belum Ditemui, Polis Minta Bantuan Cari Kanak-Kanak Austisme Hilang

Jasad adik Zayn yang baru sahaja berusia enam tahun ditemui penduduk ketika turut serta dalam operasi mencari mangsa.

Jasadnya ditemui terbaring di sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari Apartment Idaman, Damansara Damai.

Saya tidak dapat mengulas lanjut kerana kita baru menemui mayat mangsa dan kini dalam peringkat menyiasat lokasi sekitar kawasan mayat ditemui. – Kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid.

Ibu mangsa, Ismanira Abdul Manaf pula sebelum itu sudah cuba mencari mangsa di kawasan sekitar namun gagal. Kemudian terus memaklumkan kepada suami dan penduduk setempat.

Berehatlah adik Zayn Rayyan di taman-taman syurga. Al-Fatihah.

Kredit: Berita Harian

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas