Connect with us

Oh! Media

“Ada Tauliah Jugakah?” – Pelik Kenapa Anwar Ibrahim Boleh Beri Ceramah, Ustaz Ahmad Dusuki Pertikai MAINPP

Ahmaddusukianwaribrahim

Trending

“Ada Tauliah Jugakah?” – Pelik Kenapa Anwar Ibrahim Boleh Beri Ceramah, Ustaz Ahmad Dusuki Pertikai MAINPP

Kira-kira seminggu yang lepas kecoh di media sosial apabila penceramah bebas, Ustaz Kazim Elias tidak dibenarkan untuk memberi ceramah di Pulau Pinang selepas tersenarai dalam 16 individu yang tidak mempunyai tauliah mengajar daripada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

BACA: Tersenarai Dalam 16 Individu Tak Miliki Tauliah Mengajar, Ustaz Kazim Elias Dilarang Beri Ceramah Di Pulau Pinang

Antara nama lain yang tersenarai termasuklah Datuk Ahmad Husam Baderudin, Ahmad Dusuki Abdul Rani, Yusni Mat Piah, Dr Abdullah Yassin, Prof Madya Dr Muhamad Rozaimi Ramle, Salman Ali, Maulana Fakhrurrazi, Mohd Rizal Azizan dan Halim Hassan.

IKLAN

“Saya tak ada tauliah, hamba Allah ini bagaimana?”

Terbaru, Ustaz Ahmad Dusuki yang juga tersenarai dalam 16 individu tersebut tampil meluahkan rasa tidak puas hatinya menerusi satu hantaran di Instagramnya.

Menerusi hantaran dibuatnya itu, Ustaz Ahmad Dusuki memuat naik gambar Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan telah memberikan ceramah di sebuah masjid yang terletak di Pulau Pinang.

Menurutnya, sekiranya dia tidak boleh memberikan ceramah kerana tidak mempunyai tauliah mengajar tapi mengapa penyandang kerusi Parlimen Port Dickson itu pula dibenarkan memberi ceramah di masjid?

Anwar hanya berhenti singgah untuk solat di masjid sahaja

Walau bagaimanapun, terdapat seorang pengguna Twitter tampil mendedahkan situasi sebenar yang berlaku.

Menurutnya, Anwar hanya singgah untuk menunaikan solat di masjid berkenaan sebelum diminta para jemaah dan imam masjid untuk memberikan ceramah.

Tambahnya lagi, Anwar juga tidak menyentuh hal-hal berkaitan dengan politik tetapi hanya bercakap mengenai keadilan dalam islam dan kasih sayang.

Screenshot 2022 11 09 at 105704

Nak PRU-15 ni macam-macam hal pula yang berbangkit.

Kredit: Instagram Ustaz Ahmad Dusuki | Twitter cikyaniee

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas