Connect with us

Oh! Media

“Ada Orang Buat Laporan” – Rider ‘Hilang’ Kerja Lepas Tegur Lelaki Isi Minyak Dalam Tong

20230622 122555 0000

Oh! Tidak

“Ada Orang Buat Laporan” – Rider ‘Hilang’ Kerja Lepas Tegur Lelaki Isi Minyak Dalam Tong

Sebelum ini, tular mengenai perselisihan faham antara seorang rider penghantar makanan dan dua orang warga Singapura di sebuah stesen minyak, Johor.

BACA: Guna Minyak Isi Go-Kart, Ini Cerita Sebenar 2 Warga Singapura Ambil Minyak RON95

Terbaru, satu video di TikTok mendakwa lelaki yang merupakan penghantar makanan itu telah digantung kerja akibat insiden tersebut. Eh, serius lah?

IKLAN

Rider hilang kerja

Dalam video tersebut, lelaki itu mendakwa pihak atasan telah mengantung kerjanya pada pukul 6 petang semalam. Dia segera menelefon perkhidmatan pelanggan e-hailing itu bagi mendapatkan kepastian.

Selepas 20 minit saya telah dihubungi pihak Grab, saya diberitahu ada orang membuat laporan. Ada yang melaporkan saya mengeluarkan skru driver untuk melawan, CCTV ada, boleh la check.

Lelaki itu juga berkata dirinya mengambil pendirian yang benar mengenai situasi itu hingga menyebabkannya tidak dapat mengambil tempahan pelanggan semalam.

Saya dapat RM100, kena hantar RM50 untuk isi perut anak bini, begitulah kita di Malaysia, okey tak kalah pun, tak takut pun, akhirnya kita mati juga begitulah nasib rakyat Malaysia.

Hm, apa pendapat korang pula?

Kredit: TikTok | Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas