Connect with us

Oh! Media

“Abang Sayang Menang” – Hidayah Syukur Nama Dah Bersih, Nafi Gila Harta Dan Fitnah Sesiapa

Hidayah

Trending

“Abang Sayang Menang” – Hidayah Syukur Nama Dah Bersih, Nafi Gila Harta Dan Fitnah Sesiapa

Isteri kepada arwah Abam Bocey, Nor Hidayah Mohd Ali Jumaat lalu telah menang dalam kes saman fitnah yang difailkannya terhadap adik iparnya, Ali Puteh.

BACA: “Yang Kejar Harta Bukannya Isteri Arwah Abam Bocey Tapi Plaintif-Plaintif” – Hakim

Hakim Zulqarnain Hassan telah memerintahkan Ali Puteh membayar ganti rugi sebanyak RM60,000.

IKLAN

Hakim turut menolak saman fitnah Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya terhadap Hidayah dan usahawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri.

1485720 e1645164387151

Setelah meneliti hujah peguam dan keterangan saksi, hakim berkata pihak yang mengejar harta bukannya Hidayah sebaliknya plantif.

Bersyukur dengan keputusan hakim, ibu tunggal kepada seorang anak ini meluahkan rasa syukur kerana namanya akhirnya telah bersih.

Hidayah turut menyertakan hashtag ‘Abang sayang menang’, ‘berkat doa semua orang’ dan ‘berkat doa anak yatim’.

Hidayah1

Difahamkan selepas kes di mahkamah selesai, Hidayah telah menyumbangkan buah-buahan kepada sebuah surau sebagai tanda meraikan kemenangannya.

Kredit: Instagram Hidayah Hamzah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas