Connect with us

Oh! Media

5 Mitos Tentang Kelantan Yang Kami Dah Cuba Sendiri 4 Hari 3 Malam!

Ohmedia kelantan

Oh! Travel

5 Mitos Tentang Kelantan Yang Kami Dah Cuba Sendiri 4 Hari 3 Malam!

Ini 5 mitos tentang Kelantan yang team Ohmedia dah cuba sendiri dan buktikan ia betul atau tidak.

Kalau sebelum ni korang selalu dengar macam-macam cerita pasal Kelantan, kami sendiri pun pernah terfikir benda sama.

Bagaimanapun, lepas team Ohmedia habiskan masa 4 hari 3 malam di Kota Bharu, barulah terbukti, tak semua yang orang kata tu betul. Meh kami cerita sikit pengalaman sendiri.

1. Makanan manis-manis, betul ke?

Korang pernah dengar tak orang kata makanan Kelantan manis sampai boleh buat kaki kena potong? Haa, setakat yang kami cuba, taklah sampai tahap tu.

IKLAN

Memang ada rasa manis sikit tapi masih boleh diterima tekak, sama je macam masakan dekat negeri lain. Sebenarnya, kebanyakan masakan mereka berasaskan kelapa. Jadi, rasa dia lebih kepada lemak manis yang buat kita nak tambah lagi.

2. Kelantan boring? Tunggu dulu…

Hafizal Om Featured New 1200x675

Ramai juga yang kata Kelantan ni bosan. Tapi serius, weekend Jumaat dan Sabtu di Kota Bharu memang meriah gila. Suasana malam minggu mereka tak mati sampailah jam 2 pagi, pusat bandar KB ni masih meriah.

Banyak acara berlangsung, restoran dan kafe estetik pun tak kurang hebat. Setiap makanan yang kami cuba memang sedap-sedap belaka.

Paling memorable bila kami lepak di Pantai Melawi. Suasana pantai yang tenang dengan angin laut memang buat hati rasa nak repeat lagi.

 3170

Lagi best bila singgah Beach Boy Street, sebab kat sini bukan sekadar makan, tapi suasana dia macam festival kecil. Ada gerai-gerai makanan kreatif, live music, vibe santai tepi pantai, memang syok betul. Presentation makanan pun mewah tapi harga masih mampu milik.

 3089

Tak cukup dengan tu, team Ohmedia sempat singgah di APFC, kedai ayam goreng Amir Raja Lawak. Memang tak rugi, ayam rangup, juicy, dan resepi unik yang buat kami rasa lain daripada fast food biasa.

@ohmedia

Pertama kali makan ayam goreng Amir Raja Lawak. Allah, memang sedap terutama sambal Nasi Lemak Umi dia 😭 #ohmedia #ohtravel #kelantan

♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media

Tapi paling padu, sambal nasi lemak ikan bilis resepi ibu Amir sendiri. Serius, itu yang jadi kegemaran team Ohmedia sepanjang ada di sana.

3. Orang Kelantan sombong?

@ohmedia

Tak sangka banyak port makanan murah di Kelantan. 📍Pasar Kubang Pasu, Kota Bharu #ohmedia #ohtravel #kelantan

♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media

Ini antara mitos paling kerap orang sebut. Tapi korang tahu tak? Sepanjang kami di sana, layanan orang Kelantan sangat mesra. Dari peniaga pasar sampai ke orang kampung, semua layan kami macam kawan lama.

Pernah sekali kami tanya arah jalan, bukan saja tunjuk tapi siap teman sampai tempat destinasi. Itu dah cukup nak buktikan orang Kelantan bukan sombong, malah sangat mesra dan ikhlas. Lagi best, mereka tak lokek bila bab belanja makan. Memang murah hati!

4. Loghat Kelantan susah faham…

@ohmedia

Penyanyi dan pelakon, Wanns Ahmad ni orang Kelate rupanya 😁 #ohmedia #ohtravel #krwfc #kelantan

♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media

Betul, mula-mula sampai memang kami blur sekejap. Ada ayat yang bunyi pelik pada telinga, sampai rasa macam kejutan budaya kecil. Tapi tak sampai sehari, bila dah selalu dengar dan cuba berkomunikasi, senang je nak tangkap maksudnya.

Lagi lama duduk, lagi seronok pula dengar loghat Kelantan ni. Ada perkataan unik yang buat kami ketawa sebab bunyi dia comel. Malah, ada kawan Ohmedia yang terus cuba meniru loghat Kelantan bila borak sesama sendiri. Haa, nampak tak? Dari susah faham terus jadi suka nak cuba.

5. Orang Kelantan kuat berpolitik…

Tak dinafikan negeri ni sinonim dengan politik, sampai ada yang anggap semua orang Kelantan suka bertekak bab politik. Tapi realitinya, tak macam tu. Sepanjang kami di Kota Bharu, lebih banyak topik pasal makanan, tempat lepak, dan kisah kehidupan yang jadi bualan.

 1719

Kami sempat duduk sembang dengan pakcik kedai kopi, ingatkan topik politik yang keluar dulu. Rupanya pakcik tu lebih excited nak cerita pasal resepi kopi pekat dia dan sejarah kedai lama yang jadi port orang kampung. Jadi, politik tu memang ada, tapi bukan semua orang obses dengan isu tu.

Pssttt! Kadang-kadang mitos ni datang dari mulut ke mulut je. Bila korang turun sendiri dan alami, baru tahu realitinya jauh berbeza. Jadi, jangan cepat percaya sebelum korang rasa dan alami sendiri. Bagi Ohmedia, Kelantan bukan saja penuh budaya dan makanan sedap, tapi juga penuh kenangan indah yang buat kita nak datang lagi.

Kredit: Team Oh! Media
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Travel

Ke Atas