Branded
Baru Menjadi Ibu Bapa? Ini 3 Tips Korang Wajib Tahu Apabila Bawa Anak Kecil Berjalan Jauh
Oleh
“Oooh balik kampung, oooh balik kampung, hati girang!”
Haa, siapa dekat sini dah tak sabar nak balik kampung? Maklumlah, tak lama saja lagi kan kita akan menyambut Lebaran, kami yakin mesti ramai yang teruja nak beraya!
Tapi, sebelum korang pulang ke kampung halaman tu, macam biasa, pastikan korang buat persiapan betul-betul sebab nak kena hadap kesesakan jalan raya nanti tau! Paling penting, sentiasa pakai tali pinggang keledar!
Anyway, untuk yang baru saja menjadi ibu bapa tu, mesti korang kelu kan apa nak kena buat apabila nak bawa anak kecil ikut perjalanan jauh?
Jangan risau, meh sini kami kongsikan antara tips berguna buat korang, lagi-lagi untuk yang pertama kali menggunakan car seat (kerusi keselamatan kanak-kanak).
1. Selesaikan Urusan Anak Sebelum Memulakan Perjalanan
Sebelum memulakan perjalanan, pastikan segala urusan dan keperluan si kecil selesai, seperti beri susu dan tunggu bayi sendawa, serta pastikan bayi memakai lampin yang bersih.
Paling penting, car seat dipasang dengan betul dan ketatkan car seat harness pada bayi agar mereka dalam keadaan selamat.
2. Rancang Perjalanan
Kalau korang yang dah dewasa ni pun rasa tak selesa dengan perjalanan jauh, apatah lagi bayi yang baru saja nak mengenal dunia betul tak?
Jadi, untuk memastikan bayi korang dalam keadaan yang selesa, korang perlu rancang hentian untuk setiap 2 jam masa perjalanan.
Haa, masa inilah korang perlu beri susu pada si kecil, tukar lampin baru jika perlu dan bawa si kecil jalan ambil angin seketika.
Masa ini juga beri korang peluang untuk berehat, buat renggangan badan dan menggunakan tandas sebelum meneruskan perjalanan.
Paling penting, korang JANGAN sesekali mengeluarkan bayi dari tempat duduk kereta semasa kereta sedang bergerak tau! Bahaya!
3. Pilih Car Seat Yang Sesuai
Haa, ini paling penting lagi-lagi buat mereka yang baru saja bergelar ibu bapa. Korang memang kena pilih car seat yang sesuai untuk anak kecil baru lahir dan memenuhi piawaian yang disahkan oleh Kerajaan tau.
Korang tahu tak yang car seat untuk anak kecil adalah satu keperluan untuk digunakan dalam kereta lagi-lagi bayi yang baru saja lahir?
Memandangkan jumlah kematian membabitkan kanak-kanak dan bayi sangat tinggi akibat kemalangan, Kerajaan telah memperkenalkan undang-undang di mana car seat adalah satu keperluan bermula tahun 2020 bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.
Selain itu, untuk kriteria anak-anak pula adalah mempunyai berat kurang daripada 36kg atau berketinggian kurang 136cm, atau berumur kurang daripada 12 tahun.
Paling penting, korang tak boleh beli sembarangan car seat tau, perlu ada piawaian keselamatan ECE R44 atau ECE R129. Barulah selamat di jalan raya.
Ibu bapa juga sepatutnya menjadi teladan yang baik untuk si kecil dengan memakai tali pinggang keledar di dalam kereta untuk keselamatan. Sentiasa buckle up!
Boleh Guna Jangka Masa Lama, Joie i-Pivot Grow Pilihan Tepat Untuk Anak Tersayang!
Chop, chop, chop. Dah alang-alang tengah cakap tentang car seat ni kan, kami nak bagitahu yang ada sebuah jenama car seat yang sangat popular dalam kalangan ibu bapa disebabkan harga yang berpatutan dengan ciri keselamatan boleh dipercayai.
Jenama car seat yang kami maksudkan ini adalah Joie, dan baru-baru ini mereka ada keluarkan satu car seat terbaru iaitu i-Pivot Grow tau.
Kami yakin mesti ibu bapa dekat luar sana akan jatuh cinta dengan car seat terbaru ini sebab ada banyak ciri bagus yang dapat memberikan keselamatan si kecil.
Antaranya, i-Pivot Grow ini mengikut piawaian keselamatan UN iaitu ECE R129/03 serta dapat perakuan i-Size tau.
Selain itu, ia mempunyai 14 kedudukan Grow Together™ yang boleh dilaraskan serentak dengan satu tangan untuk sistem sandaran kepala dan harness, mengikut pertumbuhan anak korang.
Bukan itu saja, car seat ini juga mempunyai ciri sandaran kepala Tri-Protect™ yang menawarkan keselamatan untuk melindungi bayi baru lahir menerusi tiga lapisan perlindungan di dalam sayap, termasuk busa memori Intelli-Fit™ yang dipatenkan.
Pod Guard Surround Safety™ yang ada pada car seat ini pula boleh memberi perlindungan sisi sekiranya berlaku kemalangan.
Paling penting, car seat ini menawarkan 5 kedudukan baring yang boleh digunakan untuk menghadap ke belakang dan ke hadapan untuk memberi keselesaan yang optimum kepada si kecil.
Biasalah, kalau balik beraya atau berjalan jauh ni, kadang-kadang orang yang duduk dekat belakang bukan rasa sangat pun pendingin hawa, apatah lagi kalau car seat.
Jadi, dengan i-Pivot Grow ni, ia mempunyai pengudaraan sisi dan belakang untuk memastikan bayi korang sentiasa selesa dan tak rasa panas walaupun berada di tempat duduk belakang.
Korang rasa struggle nak ambil dan dudukkan bayi dalam car seat? Jangan risau sebab car seat ini mempunyai 360º putaran tempat duduk yang boleh dipusingkan menghadap ibu bapa bagi memudahkan korang untuk ambil dan dudukkan anak pada car seat.
Untuk ciri ini, kami sarankan untuk bayi didudukkan pada mod menghadap belakang selama yang mungkin, dan kalau si kecil sudah berusia sekurang-kurangnya 15 bulan ke atas, barulah boleh didudukkan pada mod menghadap ke hadapan.
Haa, korang mesti terfikir nak pasang car seat ni susahkan? Lagi-lagi kalau nak mulakan perjalanan jauh, mestilah kita nak car seat tu secure betul tak?
Dengan i-Pivot Grow ni, ia mempunyai pemasangan kukuh dan mudah dengan ISOFIX, siap ada sokongan kaki (load leg), untuk si kecil korang tau. Bertambah selesa dan selamatlah untuk bayi korang lagi-lagi kalau korang nak berjalan jauh nanti.
Wah, memang patutlah ramai ibu bapa yang suka dengan car seat Joie ni.
Paling penting, car seat i-Pivot Grow ini boleh digunakan untuk jangka masa lama tau iaitu satu car seat boleh digunakan pada bayi dari kecil sehingga berumur 10 tahun.
Giveaway Lumayan, Joie Nak Hadiahkan i-Pivot Grow Kepada Pemenang Bertuah!
Lagi best, korang tahu tak Joie ada buat giveaway i-Pivot Grow, khas untuk ibu bapa yang mempunyai anak atau yang sedang menantikan cahaya mata baru? Seriuslah?!
Nak menang giveaway ni pun senang kacang tau, ikut saja langkah mudah di bawah ini:
Langkah 1: Ikuti media sosial Joie di Facebook, Instagram dan TikTok.
Langkah 2: Kongsikan kenapa korang rasa car seat itu penting untuk anak apabila menaiki kereta untuk perjalanan jauh di ruangan komen POSTING INI.
Senangkan? Giveaway ini akan bermula sekarang sehingga 13 April 2025 saja, dan pemenang akan diumumkan pada 21 April 2025. Jawapan paling kreatif akan dipilih oleh Joie untuk memenangi i-Pivot Grow tau!
Jadi, tunggu apa lagi? Cepat komen sekarang! Tapi, kalau korang nak dapatkan sendiri pun boleh tau, klik saja pada pautan ini, https://www.safensound.com.my/products/joie-i-pivot-grow.
Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Joie, atau ikuti media sosial di Facebook, Instagram dan TikTok.