Connect with us

Oh! Media

3 Remaja Maut Terlibat Kemalangan, Ahli Keluarga Sebak Lihat Salah Seorang Kepala Pecah

Trending

3 Remaja Maut Terlibat Kemalangan, Ahli Keluarga Sebak Lihat Salah Seorang Kepala Pecah

Terdapat satu kemalangan yang membabitkan tiga buah motosikal yang mengakibatkan tiga remaja maut dan seorang lagi parah malam tadi.

ADVERTISEMENT

BACA : Penyanyi Lelaki Tergamak Pukul Bekas Isteri Sampai Lebam Ditahan Polis

Menurut laporan Harian Metro, kejadian berlaku di Jalan Delima, Taman Kota Masai pada pukul 10.30 malam dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Mohd Sohaimi Ishak.

Kemalangan dipercayai berlaku ketika kesemua mangsa menunggang atau membonceng motosikal masing-masing bersaing sesama sendiri sehingga bergesel dan berlaku kemalangan.

Dikatakan yang tiga mangsa tercampak sebelum terlanggar batu di bahagian kiri jalan dan seorang lagi jatuh di kanan jalan. 

Mereka yang meninggal dunia baru saja berusia antara 15 hingga 16 tahun. Individu yang cedera parah itu pula berusia 17 tahun.

Kes mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Selepas kejadian, terdapat ahli keluarga mangsa yang tiba dan sebak apabila melihat seorang daripada mereka dalam keadaan kepala pecah dan otak terburai. Allahu..

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas