Connect with us

Oh! Media

Penyanyi Lelaki Tergamak Pukul Bekas Isteri Sampai Lebam Ditahan Polis

ohmedia polis

Oh! Artis

Penyanyi Lelaki Tergamak Pukul Bekas Isteri Sampai Lebam Ditahan Polis

Seorang penyanyi lelaki yang berusia 45 tahun tergamak memukul bekas isterinya dan telahpun ditahan pihak polis hari ini. Apa kes ni?

BACA : Penceramah Bebas Ditahan, Tergamak Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak Rakan

Menurut laporan Harian Metro, kejadian berlaku di kawasan rumah penyanyi berkenaan di Kota Damansara semalam dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid.

IKLAN

Ianya berlaku ketika mangsa ingin mengambil anak lelakinya di kawasan parkir rumah suspek.

Ketika berada di situ, berlaku perselisihan faham kerana mangsa enggan bergambar bersama lelaki terbabit.

Suspek berusia 45 tahun itu kemudian memarahi dan memukul badan pengadu menyebabkan kesan lebam dan sakit pada anggota badan mangsa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 (A) Akta Keganasan Rumahtangga 2017. Banyak-banyaklah bersabar, bulan puasa ni..

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas