Connect with us

Oh! Media

Suka Ambil Gambar, Jom Melancong Ke 5 Lokasi ‘Instagrammble’ Di Jepun

jepun

Oh! Travel

Suka Ambil Gambar, Jom Melancong Ke 5 Lokasi ‘Instagrammble’ Di Jepun

Tak sah kalau korang tak ambil beberapa keping gambar di lokasi ‘instagrammble’ dan popular apabila melancong di negara matahari terbit ini.

ADVERTISEMENT

Dari bandar bercahaya ‘Tokyo’ hinggalah ke taman-taman di Kyoto terdapat banyak foto untuk ditangkap dan simpan sebagai kenangan.

Jom kita lihat beberapa lokasi fotogenik dan popular di negara Jepun yang wajib korang kunjungi apabila melancong di sana.

Itsukushima Shrine, Hiroshima

Lokasi yang pertama adalah Itsukushima Shrine yang terletak di Pulau Miyajima, Hiroshima iaitu satu imej paling ikonik di Jepun.

“Pintu Terapung” atau pintu gerbang Torii ini sebahagiannya akan tenggelam di lautan apabila air pasang dan setelah air surut barulah korang boleh berjalan ke pintu gerbang.

Jepun

Sebelum ini, sudah terdapat sebuah pintu gerbang bertapak di tempat ini sejak 1168. Pada waktu malam, cahaya matahari terbenam akan menerangi pintu gerbang Torii.

Ini merupakan salah satu lokasi popular pelancong dari serata dunia untuk mengambil gambar dan merasai sendiri pengalaman berjalan di sana.

Fushimi Inari Shrine, Kyoto

Laluan ke dalam tempat suci Fushimi Inari Shrine yang dipenuhi dengan beribu-ribu pintu Vermillion Torii yang adalah antara pemandangan visual yang paling menakjubkan di Jepun.

Jepun

Laluan ini membawa anda ke dalam hutan berkayu milik Gunung suci Inari, yang mencapai ketinggian 233 meter dan terletak dalam kawasan kuil.

Hitachi Seaside Park, Hitachinaka

Bagi korang yang suka mengambil gambar tumbuh-tumbuhan dan bunga wajib ke Hitachi Seaside Park yang terletak di Hitachinaka, Wilayah Ibaraki ,Jepun, bersebelahan dengan Pantai Ajigaura.

Jepun

Ia merupakan sebuah taman bunga yang merangkumi kawasan seluas 3.5 hektar dan bunga yang luar biasa sepanjang tahun.

Jepun

Setiap musim anda akan menemui pelbagai bunga yang berbeza mekar sejak “Miharashi No Oka”, sebuah bukit yang menampakkan pemandangan panorama Lautan Pasifik.

Shibuya Crossing, Tokyo

Siapa je yang tak kenal dengan Shibuya Crossing yang merupakan lintasan pejalan kaki yang agak popular dan paling utama dalam bandar Shibuya,Tokyo.

Difahamkan, pejalan kaki akan melintas di semua arah pada satu masa dan ia kelihatan seperti huru-hara dari jauh.

Jepun

Dengan berlatar belakangkan bangunan-bangunan yang bergemerlapan seperti Times Square memberikan korang rasa seronok ketika melalui persimpangan ini.

Jangan lupa tambah lokasi ini dalam senarai tempat instagrammable korang tau!

BACA: Baru Daftar Ahli Nakama One Piece? Ini 5 Destinasi Anime Yang Korang Kena Lawati Di Jepun

Sebelum ini kami ada kongsikan, lokasi menarik di Jepun yang wajib dikunjungi terutama bagi peminat anime One Piece.

Kredit: MKJ Travel

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Senang-senang tabur fitnah, kalau si teraniaya tu tak maafkan macam mana?

♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media

  • jepun
  • jepun

Lagi dalam kategori Oh! Travel

Ke Atas