Connect with us

Oh! Media

Seperti Di Awangan, Ini 3 Puncak View Menarik Di Thailand!

Travel nature Thailand

Oh! Travel

Seperti Di Awangan, Ini 3 Puncak View Menarik Di Thailand!

Antara destinasi percutian yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia semestinya negara Thailand sebab ia bukan saja dekat dan mempunyai kemudahan dari segi pengangkutan, malah ia terdapat pelbagai destinasi menarik untuk dikunjungi.

ADVERTISEMENT

Selain daripada mempunyai pelbagai makanan unik, negara Thailand juga menjadi tumpuan pelancong disebabkan banyak lokasi bersejarah dan seni bina bangunan mengagumkan. 

Namun, untuk korang yang dah biasa datang ke Thailand dan tak tahu nak pergi ke mana, jom kami kongsi 3 tempat menarik yang mempunyai pemandangan lawa!

1. Kew Mae Pan 

Kredit: TakeMeTour

Siapa suka tengok view daripada puncak, siap nampak awan berkepuk-kepuk, korang kena datang ke Kew Mae Pan yang terletak di Taman Negara Doi Inthanon, terletak kira-kira 2 jam daripada barat daya Chiang Mai. 

Kalau korang nak tahu, destinasi ini sangat popular di Thailand tau disebabkan ia mempunyai salah satu laluan alam semula jadi yang sangat cantik dan laluan tersebut terletak di puncak Doi Inthanon, titik paling tinggi di Thailand.

Jadi, kalau korang nak tengok pemandangan yang menakjubkan, korang perlu mengikut laluan pendek merentasi hutan hujan untuk ke puncak.

Menariknya, dari puncak tersebut korang juga dapat melihat keindahan Royal Twin Pagoda yang terkenal di Thailand! Bestnya!

Paling penting, korang tak perlu risau tentang kesukaran trek pendakian sebab trek laluan ke puncak sangat mudah untuk diikuti. Macam ni barulah seronok!

2. Gunung Phu Thap Boek

Kredit: Thailand Tours

Satu lagi lokasi yang mempunyai pemandangan menakjubkan serta trek pendakian mudah adalah di Gunung Phu Thap Boek, terletak di Wilayah Phetchabun. 

Menariknya, gunung yang juga mudah didaki menggunakan pacuan 4 roda ini cukup terkenal dengan pemandangan sangat lawa terutama pada awal pagi ketika awan masih banyak, serta ketika musim hujan, membuatkan kabus menyelubungi kawasan tersebut. 

Nak tahu apa yang lagi best? Dekat sini ada tapak perkhemahan serta penginapan tau. Jadi, kalau korang suka tengok keindahan bintang-bintang atau nak bangun awal untuk lihat sunrise, korang memang kena datang ke Gunung Phu Thap Boek ni.

BACA: Lelaki Ini Kongsi Itinerari Lengkap 9 Hari 8 Malam Cover 4 Wilayah Di Thailand

3. Phu Chi Fa

Kredit: InThailand.Travel

Untuk korang yang nak melihat pemandangan lawa dan pada masa sama tak nak mendaki gunung tinggi, Phu Chi Fa adalah destinasi paling tepat! 

Gunung yang terletak kira-kira dua jam pemanduan ke utara Chiang Rai ini mempunyai perkampungan hilltribe yang menawarkan pelbagai kemudahan seperti restoran dan tempat berehat. Jadi, lepas long drive, boleh lah korang berehat dulu sebelum mendaki.

Perjalanan untuk ke gunung tersebut daripada perkampungan hilltirbe itu pun hanya 750 meter saja tau.

Gunung Phu Chi Fa ini menjadi tumpuan popular dalam kalangan orang tempatan sendiri sebab ia memberikan pemandangan gunung yang sangat lawa terutama pada waktu pagi ketika kabus menyelubungi kawasan pergunungan. 

Selain itu, untuk korang yang suka dengan kehijauan alam, Gunung Phu Chi Fa memang destinasi pendakian yang tepat sebab ia mempunyai pelbagai jenis flora dan fauna tempatan lawa, paling best terdapat juga sungai lembangan, Sungai Mekong! Bestnya!

Lepas ni, kalau korang melancong ke Thailand, pastikan 3 destinasi ini ada dalam bucket list korang okay! Sekali sekala untuk tenangkan fikiran~

Kredit: Culture Trip, Amazing Thailand, Trip Canvas
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Travel

Ke Atas