Connect with us

Oh! Media

Lelaki Ini Kongsi Itinerari Lengkap 9 Hari 8 Malam Cover 4 Wilayah Di Thailand

thailand

Oh! Travel

Lelaki Ini Kongsi Itinerari Lengkap 9 Hari 8 Malam Cover 4 Wilayah Di Thailand

Negara Thailand sememangnya terkenal dalam kalangan pelancong Malaysia kerana ianya mudah diakses bukan hanya dengan kapal terbang, tetapi dengan jalan darat juga.

ADVERTISEMENT

Lagi satu, Thailand menjadi pilihan ramai kerana terdapat banyak tempat menarik dengan pemandangan yang indah. Nak cari makanan halal pun senang dan yang paling penting mesra poket!

BACA: Makanan Viral Patut Cuba Bila Dah Sampai 7-Eleven Thailand, Jom Healing!

Di laman Backpackers Buddies Malaysia (BBM), Naseer Othman berkongsi itinerari lengkap ke negara gajah putih itu selama 9 hari 8 malam.

Percutian 9 hari 8 malam tersebut meliputi 4 wilayah iaitu Pattaya, Kanchanaburi, Samut Sakhon dan Bangkok. Total kos untuk trip ini adalah RM1191 je!

thailand

Hari pertama (Rabu 31 Mei 2023)

Pataya floating market
  • Jam 18:55-19:26 – Penerbangan dari Penang ke Don Mueang International Airport (RM219)
  • First floor entrance 6 – Ambil bas ke BTS ride 2 stop Mo Chit – Bas A1 Blue/Yellow bas 30bath (RM4)
  • Mo Chit to Ekkamai via Sukhumit line Khu Khot Kheha 47bath (RM6)
  • Check in area Lodge 61 B&B Hotel ลอดจ์ 61 3⭐️ RM71/2= RM35
  • Dinner at 7 Elevent – kedai halal nearby dah tutup (pukul 8 malam dah tutup)

Hari kedua (Khamis 1 Jun 2023) Pattaya

Sunset in pataya beach
Sunset in pataya beach
  • Breakfast at Rahim Halal Food
  • 9:00 am – 1130 am bas ke Pattaya (Bangkok Ekkamai Sukhumvit) 2hrs RM21
  • Songthaew to hotel 50bath (RM6)
  • Check in Ambiance Hotel 3⭐️ for 2nights RM200/2= RM100
  • Floating market lunch 100bath (RM13) by Songthaew, entrance 200bath (RM26)
  • Dinner at ข้าวมันไก่ อุสนา( Nasi ayam dia 5⭐️)
  • Walking street pattaya

Hari ketiga (Jumaat 2 Jun 2023)

thailand
Santuary of truth
  • Buakhao Market
  • Santuary of truth (RM36 beli dekat Klook murah RM10 dari walk in). Naik Songthaew 100bath (RM13)
  • Terminal 21 Pattaya, naik van 100bath (RM13)
  • The Lunar Beach House, naik motor taxi RM8
  • Dinner nasi ayam ข้าวมันไก่ อุสนา
  • Pattaya Night Bazaar

Hari keempat (Sabtu 3 Jun 2023)

Station yang kita kena berhenti untuk patah balik
  • Breakfast
  • 10am -1230pm Pattaya north bus station – Mo chit
  • Lunch at Chatuchak weekend market – Mo chit ke Nana RM6
  • Check in Grand President Bangkok 4⭐️ RM190/2= RM95
  • Dinner Farida Fatornee – Tak sedap not recommended dan mahal
  • Nana ke Ratchathewi RM4 by bts
  • Jodd Fairs night market by moto taxi RM3

Hari kelima (Ahad 4 Jun 2023) Kanchaburi

Death railway’s Kanchanaburi (Foto: Naseer Othman)
  • Naik bolt ke Thon Buri train station RM11
  • 750am -1153 am Thon Buri to Thamkra Sae ถ้ำกระแซ 100bath kena beli di kaunter (duduk tepi kiri untuk view death railways)
  • Thankra sae (death railways) & Krasae Cave
  • 1336 – 1445 Thankra Sae to Kanchanaburi
  • Motorbike rental 250bath/day lesen as deposit at Toz&Tang car rental (รถเช่ากาญจนบุรี) For Rent
  • Check in Chez Bure – Bure Homestay Kanchanaburi 2⭐️ RM149/2= RM74
  • Lunch at Zubra Farm Islamic Food – tomyam dan daging salai dia sedap gila
  • River Khwae Bridge
  • JJ Night Market Kanchanaburi

Hari keenam (Isnin 5 Jun 2023)

Safari world (Foto: Naseer Othman)
  • Breakfast di 7E
  • Safari world 30km 550bath entrance fees, 50bath makanan haiwan
  • Lunch at Zubra Farm Islamic Food – repeat sebab sedap
  • Check out dan hantar motor
  • 1448-1740 Kanchaburi to Thonburi 100bath
  • Check in Kaya Heritage Hotel 4⭐️ RM196/2=RM98
  • Dinner at 7E

Hari ketujuh (Selasa 7 Jun 2023) Samut Sakhon

Maeklong train market
Maeklong train market (Foto: Naseer Othman)
  • 7:00am – Sai Tai Mai bus station to Maeklong Railway market by minivan 100bath to Samut Songkhram Bus Terminal satu jam perjalanan
  • Time train lalu 830am, 9am, 1115am, 1130am, 230pm, 330pm – Kami sampai pukul 8 so dapat tengok 2 kali pukul 830 dan 9am
  • 10 am Back to Sai Tai Mai 70bath
  • The Home Hotel 3⭐️ RM70/2= RM35 by Bolt RM17
  • Lunch at ศูนย์รวมอาหารฮาลาล59มินิพลาซ่า Mini Plaza – banyak gerai makan halal sini. Naik motor taxi RM4
  • Chocolate Ville open 3 pm by bolt RM9, entrance 100bath (tiket jangan buang boleh redeem makanan yang harga 100bath jugak, kalau lebih add on duit sendiri, kalau nilai makanan kurang burn)
  • Ramkhamhaeng Night Market by taxi RM13

Hari kelapan (Rabu 7 Jun 2023) Bangkok

Ramkhamhaeng
  • Naik bolt ke ibis Bangkok Riverside RM21
  • ibis Bangkok Riverside RM65/2= RM32 3⭐️
  • Samat Muslim Food – Krung Thonburi ke Siam RM5 by bts
  • Makanan dia so so ja, tak ada la sedap sangat, owner kedai berlagak, kekwat nak mampoih. Bila tanya kedai bukak tak? Terus jawap tengok pada pintu kedai tulis dari pukul 9 am-10pm, so bukak la. Order daging tak smpai lagi, makanan lain dah sampai, tanya balik, owner kedai cakap ada order ka? Masa kami datang tak ada orang pun, nak kata busy memang tak pun. Dengan muka owner kedai ketat tak ada senyum, meluat tengok. Memang kedai ni not recommended la, perangai macam tak mau layan pelanggan. Ni first time dapat kedai patani yang berlagak. Dok masuk Thailand berpuluh kali, selalu orang patani ni baik, layanan tip top.
  • Pratu Nam Market
  • Halal Street Foods Shop @ Platinum – makanan sini mahal hehe pad thai RM26
  • Siam Paragon
  • Bangkok Art & Culture Centre
  • Patpong Night Market – National Stadium ke Sala Daeng bts station RM3
  • Ikon Siam – Sala Daeng ke Krung Thonburi RM4

Hari kesembilan (Khamis 8 Jun 2023)

  • Check out to airport by by bolt RM22
  • 10:50-1335 penerbangan dari Don Mueang International Airport ke Penang

Semoga bermanfaat #PayAndTravelWithBrain

Kredit: Naseer Othman

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Travel

Ke Atas