
Oh! Tidak
Zizi Kirana Tahan Sebak, Elak ‘Video Call’ Dengan Keluarga Ketika Misi Kemanusiaan
Zizi Kirana pilih untuk tidak video call keluarga sepanjang Misi Flotilla ke Gaza kerana tak sanggup lihat ibunya menangis.
Seperti ramai tahu, penyanyi dan aktivis, Zizi Kirana yang kini berada dalam Misi Global Sumud Flotilla menuju Gaza.
Menerusi Threads, Zizi juga mengakui dia memilih untuk tidak membuat panggilan video dengan keluarganya di Malaysia.
Zizi Kirana luah rasa sebak

Bukan tu jer, Zizi juga berkata yang dia tidak sanggup melihat ibunya menangis setiap kali berhubung.
Sepanjang pelayaran ini saya jarang video call (VC) dengan keluarga. Saya tak nak mereka sedih sebab setiap kali VC mereka akan menangis.
Saya pula tak boleh tahan kalau macam tu, terutama kalau Mak saya nangis. Luluh la jiwa pahlawan saya.
Fokus pada misi kemanusiaan

Difahamkan, isteri kepada pelakon Yusuf Bahrin itu kini sedang berada di atas kapal yang telah memulakan pelayaran menuju ke Gaza.
Walaupun jauh di mata, semangat perjuangan Zizi jelas tidak pernah luntur.
Pssttt! Kadang kala pengorbanan seorang anak bukan hanya pada tindakan, tetapi juga pada kekuatan hati. Doakan keselamatan dan kejayaan misi kemanusiaan ini.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
