Connect with us

Oh! Media

Warden Suruh Pelajar Cuci Darah Selepas Zara Qairina Ditemui

Ohmedia inkues kes zara qairina

Oh! Tidak

Warden Suruh Pelajar Cuci Darah Selepas Zara Qairina Ditemui

Dua pelajar diarahkan bersihkan darah selepas Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di sekolah.

Korang bayangkan, lepas seorang pelajar ditemui terbaring dengan tubuh penuh luka dan darah, ada pula pelajar lain yang diarahkan untuk bersihkan kawasan tu. Itulah yang didedahkan dalam prosiding inkues kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, di Mahkamah Koroner.

Seorang pengawal keselamatan sekolah, Linah Mansoding, 65, beritahu mahkamah bahawa dua pelajar berusia 16 tahun diarahkan oleh warden utama, Ustaz Azhari, untuk bersihkan kawasan tempat Zara dialihkan selepas ambulans bawa dia pergi.

Arahan bersihkan tompokan darah Zara Qairina…

Zara Qairina Kubur

Ada darah keluar dari kaki Zara. Mereka membersihkan kawasan tempat Zara dialihkan selepas ambulans beredar.- Kata Linah.

Seorang lagi pengawal lelaki juga tolong dengan suluh lampu di kawasan Zara terbaring. Tapi, Linah dedahkan yang kesan darah tu masih boleh nampak walaupun dah hitam sampai sekarang.

IKLAN

Linah turut ceritakan, Zara ditemui berhampiran longkang dengan keadaan yang amat menyedihkan. Darah mengalir dari tengkuk dan kaki kirinya, malah tulang sampai terkeluar. Ketika itu Zara tidak memakai tudung, bahagian atas tubuhnya terbuka, dan tiada selipar atau kasut di sekitarnya.

Paling meruntun hati, Zara sempat menunjukkan reaksi mencungap-cungap sebelum ambulans tiba, itu pun selepas sejam menunggu.

Persoalan timbul, kenapa Zara dialihkan?

Zara Qairina

Bila ditanya peguam keluarga, Shahlan Jufri, kenapa Zara dialihkan, Linah jawab: “Saya tidak pasti, tetapi mereka kata kasihan padanya.”

Lebih mengejutkan, kawasan tempat Zara ditemui itu sudah dua bulan bergelap sebab tiada lampu. Linah juga mengaku pernah diminta Ustaz Azhari padam gambar pertama kali Zara ditemukan kerana bimbang ia tersebar. Namun gambar itu kini sudah jadi bahan bukti dalam prosiding.

Pssttt! Pendedahan ni memang buat kita semua sebak. Bila melibatkan nyawa pelajar, sepatutnya keutamaan adalah keselamatan dan rawatan segera, bukannya fikir nak bersihkan tempat atau sembunyikan apa-apa. Ohmedia nasihatkan, kalau korang ada dalam situasi kecemasan macam ni, jangan tunggu lama, hubungi pihak berkuasa dan pastikan mangsa dapat bantuan cepat. Nyawa manusia tak sepatutnya jadi taruhan.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas