Connect with us

Oh! Media

Inkues Zara Qairina: Warden Menangis, Nafi Dakwaan Pihak Sekolah Cuba Tutup Kebenaran

Ohmedia zara Qairina

Trending

Inkues Zara Qairina: Warden Menangis, Nafi Dakwaan Pihak Sekolah Cuba Tutup Kebenaran

Inkues Zara Qairina bertukar pilu bila saksi nafikan sekolah cuba tutup kebenaran.

Inkues kes kematian Zara Qairina Mahathir di Mahkamah Koroner bertukar pilu apabila saksi kelapan, Azhari Abd Sagap menitiskan air mata ketika menafikan dakwaan bahawa pihak sekolah cuba menutup kebenaran.

Menurut laporan Harian Metro, Azhari yang juga warden dan guru subjek Bahasa Arab di SMKA Tun Datu Mustapha berkata, beliau sendiri menghubungi polis, menyerahkan bukti rakaman audio, malah menemani Zara dan ibunya di hospital sebelum arwah disahkan meninggal dunia pada 17 Julai.

Saya tidak cuba melindungi pembuli atau pembunuh Zara. Kalau saya mahu melindungi, saya takkan beritahu polis apa yang berlaku.

Warden berusaha menyelamatkan Zara Qairina 

Zara Qairina

Guru berusia 31 tahun itu menceritakan bagaimana beliau berusaha menyelamatkan Zara pada pagi kejadian. Namun, tohmahan yang dilemparkan terhadap dirinya dan sekolah tetap mencengkam emosi.

IKLAN

Saya bawa Zara ke hospital, hubungi ambulans, tunggu hingga petang tanpa mandi. Adakah ini balasan yang patut saya terima? Patutkah sekolah saya menanggung semua ini?

Tuduhan terhadap ‘Kak M’

Zara Qairina

Azhari turut mempertahankan seorang pelajar dikenali sebagai Kak M yang didakwa netizen sebagai pembuli Zara.

Bagi saya, tuduhan terhadap pelajar itu kejam. Kalau bukan sebab dia jumpa Zara dulu, mungkin Zara sudah tiada ketika itu. Tapi inilah balasan yang dia terima.

Beliau juga mempersoalkan mengapa tiada sebarang aduan rasmi daripada arwah atau ibunya sebelum kejadian.

Pssttt! Kadangkala, orang yang berusaha membantu turut dihukum dengan tuduhan. Jangan cepat menghukum sebelum tahu kebenaran sebenar. Empati lebih penting daripada spekulasi.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas