Connect with us

Oh! Media

Zainal Abidin Hassan Adalah Bekas Jurulatih Didakwa Kahwin Dengan Artis Muda

Trending

Zainal Abidin Hassan Adalah Bekas Jurulatih Didakwa Kahwin Dengan Artis Muda

Baru-baru kecoh di media sosial mengenai seorang bekas jurulatih dikhabarkan sudah pun bernikah dengan selebriti wanita muda yang dikatakan berumur 20-an.

ADVERTISEMENT

Susulan perkara tersebur, ramai pihak mendakwa individu tersebut adalah jurulatih berpengalaman, Datuk Zainal Abidin Hassan dan Fyna Jebat.

Fina Jebat merupakan seorang peserta yang pernah menyertai program hiburan Akademi Fantasi suatu ketika dahulu dan merupakan adik kepada pelakon hebat, Ayda Jebat.

Biarpun tidak mendapat sebarang pengesahan daripada kedua-dua belah pihak, banyak portal sukan serta hiburan memberi gambaran mereka merupakan pasangan tersebut.

Bagaimanapun, melalui tinjauan pihak Harian Metro di Instagram, Fyna tidak ada memuat naik sebarang gambar mahupun kenyataan yang boleh mengaitkan dengan perkahwinan bersama Zainal Abidin.

Sebelum ini, ada khabar angin mengenai seorang bekas jurulatih Liga Super berusia lingkungan 60-an membuktikan diri masih ‘diterima’ orang muda selepas berkahwin untuk kali kedua dengan wanita berumur 29 tahun.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas