Connect with us

Oh! Media

Waris Kesultanan Sulu Ancam Mahu Rampas Aset Malaysia Di Seluruh Dunia

Trending

Waris Kesultanan Sulu Ancam Mahu Rampas Aset Malaysia Di Seluruh Dunia

Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita rampasan dua anak syarikat milik Petronas bernilai RM8 bilion di Azerbaijan yang dikatakan telah dirampas waris Kesultanan Sulu.

ADVERTISEMENT

BACA: Petronas Sahkan 2 Anak Syarikat Di Azerbaijan Telah Dirampas Waris Kesultanan Sulu Bernilai RM8 Bilion

Semalam, tular pula satu insiden seorang ahli parlimen pembangkang diarah untuk keluar dari Dewan Rakyat selepas isu tuntutannya berkenaan waris Sultan Sulu ditolak tiga kali oleh Timbalan Speaker.

Waris Kesultanan Sulu ancam rampas aset Malaysia di 169 negara

Terbaru, waris Kesultanan Sulu dilaporkan mengancam mahu merampas aset milik Malaysia di 169 negara selepas memenangi tuntutan bernilai USD 14.9 bilion (RM62.59 bilion) ke atas Malaysia.

Menurut Paul Cohen, peguam yang mewakili waris Sultan Sulu, penangguhan diarah pihak mahkamah hanya terpakai di negara Perancis dan bukanlah di negara lain yang menandatangani konvensyen New York mengenai timbang tara.

Arahan ‘penangguhan’ yang dilihat melegakan kerajaan Malaysia buat sementara waktu itu hanya penangguhan sementara di sebuah negara sahaja iaitu Perancis.

Bagaimanapun, ia tidak melibatkan 169 negara yang lain.

Menurut seorang lagi peguam, Elisabeth Mason, mana-mana aset kerajaan Malaysia di dalam negara yang tersenarai dalam kovensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) adalah layak untuk dituntut.

Ketika ini, waris Sulu sedang berusaha menguatkuasakan tuntutan pampasan bernilai $14.9 bilion yang termaktub dalam perjanjian penyerahan Sabah kepada Malaysia.

Kredit: Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas