Connect with us

Oh! Media

Warga Emas Alami Tekanan, Hidup Tak Keruan Selepas Bunuh Ular

Trending

Warga Emas Alami Tekanan, Hidup Tak Keruan Selepas Bunuh Ular

Ular merupakan reptilia karnivor bersisik serta tidak mempunyai kaki. Spesies haiwan tu juga terbahagi kepada dua jenis iaitu berbisa dengan tidak berbisa.

ADVERTISEMENT

BACA: Sebak Ketika ‘Live’ Instagram, Zul Ariffin Alami Tekanan Perasaan?

Kebanyakkan spesies ular adalah tidak berbisa. Ular yang mempunyai bisa menggunakan ia untuk membunuh dan melumpuhkan mangsa, manakala ular tidak berbisa akan menelan mangsa hidup-hidup.

Namun, terdapat banyak kejadian melibatkan haiwan tersebut yang gemar memasuki rumah sehingga mampu meragut nyawa orang yang dipatuknya.

Terdapat juga kepercayaan yang mana ular yang memasuki rumah merupakan dari golongan jin yang menyamar sebagai haiwan berkenaan dan terdapat cara tersendiri untuk menghalaunya.

Warga emas alami tekanan selepas bunuh ular

Namun, sebuah kejadian mengejutkan telah berlaku apabila seorang warga emas yang bertindak ‘menggantungkan diri’ selepas membunuh seekor ular yang memasuki rumahnya

Mangsa yang berusia 67 tahun dilaporkan telah mengalami tekanan dan ketakutan yang melampau sebaik membuang bangkai haiwan yang dipukulnya menggunakan sebatang kayu.

Menurut Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir, perkara itu didedahkan oleh isteri mangsa yang menyedari perubahan suaminya itu.

Menurut isteri mangsa yang berusia 61 tahun itu, dia mengakui terkejut melihat keadaan suaminya yang kemudian ke rumah saudara berdekatan untuk meminta bantuan.

Mangsa secara tiba-tiba menggantungkan diri di ruang tamu

Tambahnya lagi, sebaik kembali ke rumah dengan ditemani beberapa saudara yang lain, mereka terkejut melihat mangsa menggantungkan diri pada tali buaian di ruang tamu.

Salah seorang saudara cuba membuka tali berkenaan tetapi gagal menyebabkan mereka bertindak memotong tali terbabit menggunakan parang sehingga putus.

Mangsa jatuh ke lantai dan tidak sedarkan diri sebelum warga emas itu dibawa ke hospital berdekatan.

Mohd Nasaruddin berkata, isteri mangsa mengakui suaminya itu sudah lama mengalami tekanan perasaan, murung dan emosi tidak stabil.

Risau akan kejadian itu, isteri mangsa juga turut mengambil keputusan untuk membuat laporan di balai polis berhampiran agar perkara tersebut tidak berulang lagi.

Dia mengambil keputusan datang ke balai polis untuk membuat laporan kerana bimbang perkara itu berulang dan mahu merujuk pihak hospital agar suaminya mendapat rawatan sebaiknya.

Selain itu, beliau turut menasihati orang ramai agar sentiasa peka dengan keadaan kesihatan ahli keluarga selain mendapatkan nasihat pakar supaya perkara tidak diingini berlaku.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas