Connect with us

Oh! Media

Sebak Ketika ‘Live’ Instagram, Zul Ariffin Alami Tekanan Perasaan?

Oh! Artis

Sebak Ketika ‘Live’ Instagram, Zul Ariffin Alami Tekanan Perasaan?

Siapa tak kenal Zul Ariffin? seorang pelakon berbakat yang mempunyai kemahiran dalam membawa pelbagai watak yang diberikan kepadanya.

ADVERTISEMENT

BACA: “Saya Hormat Pelakon” – Zul Ariffin Akui Tak Perlu Sentuhan Untuk Hayati Watak

Dia mula aktif dalam bidang lakonan bermula pada tahun 2008 dan telah memenangi pelbagai anugerah individu termasuklah Anugerah Bintang popular ke-32.

Namun, di musim pandemik ini, masyarakat semakin kurang melihat lakonannya di pawagam dan hanya banyak dilihat melalui drama di kaca televisyen.

Fikiran Zul Ariffin terganggu?

(Sumber: Kosmo!)

Pandemik sememangnya memberi impak besar dan Zul Ariffin antara selebriti tempatan yang tidak terlepas daripada melalui fasa kemurungan sehingga menyebabkan emosi dan fikirannya terganggu.

Perkara itu dikongsikan oleh Zul Ariffin atau nama sebenarnya Zulkifli bin Ariffin, 34, menerusi siaran langsung instagram miliknya malam tadi.

Menerusi video tersebut, Zul telah menceritakan tentang kehidupan serta perasaannya kepada pengikut Instagram sambil menitiskan air mata.

Saya tahu ini sukar tetapi perlu teruskan juga hidup ini, Insya-Allah. Pada akhirnya, destinasi kita semua satu sahaja (akhirat).

Kita perlu lakukan yang terbaik ketika ini dan perbaiki semua perkara yang tidak bagus setiap hari

Gesa pengikut jangan berhenti berdoa

Selain itu, dia juga turut memberikan nasihat kepada pengikut Instagramnya agar jangan sesekali berhenti berdoa kerana ia merupakan jalan yang terbaik.

Semoga Allah permudahkan urusan kita semua pada dunia dan akhirat. Kuatkan iman dan kesabaran kita.

Jangan cakap kita hanya mampu berdoa. Sebenarnya doa ialah antara salah satu cara yang paling terbaik. Kuasa doa itu sangat hebat.

Tidak gemar berkongsi masalah di media sosial

Menerusi siaran langsung itu juga, Zul turut menyatakan bahawa dia sentiasa berusaha untuk tidak berkongsi terlalu banyak masalah dalam media sosial.

Hal itu kerana jika terlalu mendedahkan banyak perkara, ia mampu memberikan keburukan selain daripada kebaikan.

Saya latih diri untuk tidak berkongsi terlalu banyak perkara terutama masalah peribadi dalam media sosial.

Ini kerana saya bukan jenis yang suka menagih perhatian disebabkan hal-hal sebegitu. Kadang-kadang dedahkan banyak perkara ada juga keburukan dan kebaikan.

Kalau boleh, Zul mengakui tidak mahu orang lain mencipta topik untuk bercakap tentang dirinya selain turut tidak mahu menjadi pembekal cerita kepada umum.

Ucap terima kasih kepada peminat

Selain itu, Zul juga tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada pengikutnya yang sentiasa memberikan sokongan selama 13 tahun dalam industri seni.

Alhamdulillah peminat tidak pernah berhenti menyokong saya sejak hari pertama, terima kasih.

Walaubagaimanapun, beberapa netizen turut dilihat memberikan kata-kata semangat kepada pelakon itu melalui media sosial masing-masing.

Ada juga yang mengharapkan agar Zul terus kuat dalam menghadapi sebarang dugaan hidup lebih-lebih lagi semasa musim pandemik ini.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas