Connect with us

Oh! Media

Warga Asing ‘Naik Lemak’ Ceroboh Rumah, Duduk Secara Haram Dah Kena Tahan

Warga Asing

Oh! Tidak

Warga Asing ‘Naik Lemak’ Ceroboh Rumah, Duduk Secara Haram Dah Kena Tahan

Tular di media sosial tindakan melampau tiga orang warga asing yang menceroboh dan duduk secara haram sebuah rumah kosong terletak di Puchong, Selangor.

Perbuatan tak bertanggungjawab itu terbongkar selepas tuan rumah mahu menjual rumah yang dibiarkan kosong selama 10 tahun tersebut.

BACA: “Siap Sambung Air Dan Elektrik..” – Warga Asing Tinggal Di Rumah Kosong Secara ‘Haram’

IKLAN

Terbaru, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof mengesahkan warga asing warga Bangladesh telah ditahan selepas pemilik rumah tampil membuat laporan polis di Balai Polis Ayer Putih, Kemaman, Terengganu.

Warga asing

Warga Bangladesh itu mengaku menduduki rumah itu sejak dua bulan lalu dengan merosakkan kunci pintu dan menggantikannya dengan yang baharu.

Laporan dibuat sekitar 3.20 petang semalam dan pihak polis bertindak menahan warga asing tersebut pada 9 malam.

Difahamkan, suspek direman untuk disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan. Untuk kesalahan menceroboh rumah, suspek berdepan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas