Connect with us

Oh! Media

Wanita Tertipu, Ingatkan Majlis Perkahwinan Hanya Sekadar Lakonan, Tiba-Tiba Sah Jadi Isteri

Ohmedia perkahwinan wanita tertipu ingatkan lakonan

Oh! Tidak

Wanita Tertipu, Ingatkan Majlis Perkahwinan Hanya Sekadar Lakonan, Tiba-Tiba Sah Jadi Isteri

Seorang wanita dari Melbourne, Australia telah ditipu seorang lelaki apabila perkahwinan yang diberitahu hanya sebagai lakonan sebenarnya betul-betul berlaku.

Disebabkan pendedahan ini, pihak mahkamah memutuskan untuk membatalkan perkahwinan mereka kerana berlaku penipuan.

“Saya ingat ini hanya gurauan”- Kata wanita terbabit.

Image
Gambar hiasan

Menurut laporan, wanita yang tidak dinamakan itu bertemu suaminya pada September 2023 melalui aplikasi janji temu. Selepas beberapa pertemuan, lelaki tersebut mengajaknya ke satu acara yang digelar ‘parti putih’ di Sydney pada Disember tahun yang sama.

IKLAN

Namun, apa yang mengejutkan, acara yang sepatutnya adalah majlis perkahwinan olok-olok tetapi menjadi betul.

Tiada orang yang pakai putih masa tu. Bila saya tanya apa yang berlaku, dia beritahu ini majlis perkahwinan untuk Instagram. Katanya, ini hanya gurauan dan untuk buat kandungan berbayar.- Jelas wanita itu kepada mahkamah.

Wanita itu memberitahu dia hanya menyedari perkahwinan itu sah apabila lelaki berkenaan meminta dia menandatangani dokumen bagi permohonan penduduk tetap.

Tidak akan berkahwin tanpa kebenaran ibu bapa…

Image
Gambar hiasan

Wanita tersebut turut memberitahu mahkamah bahawa dia tidak akan berkahwin tanpa kebenaran ibu bapanya dan majlis yang sempurna. Sebaliknya, lelaki terbabit mengatur majlis secara tergesa-gesa tanpa persetujuannya.

Lelaki tersebut bagaimanapun menafikan dakwaan isterinya. Dia mendakwa sudah melamar wanita itu sehari sebelum majlis berlangsung dan wanita tersebut bersetuju.

Ohmedia perkahwinan wanita tertipu ingatkan lakonan

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas