Connect with us

Oh! Media

Wanita Rentung, Kereta Terbakar Ketika Kemalangan

Trending

Wanita Rentung, Kereta Terbakar Ketika Kemalangan

Seorang wanita maut akibat rentung selepas kereta Perodua Kelisa GX dinaikinya terbakar dalam satu kemalangan bersama sebuah lori di Setiu, Terengganu.

ADVERTISEMENT

BACA: Lima Pelajar Rentung Dalam Satu Nahas, Pemandu Treler Terlibat Dengan Kemalangan Ditahan

Memetik laporan daripada Kosmo, mangsa, Nurul Emylia Natasha Zulkifli, 20, yang merupakan pembantu di sebuah kedai makan ditemui dalam keadaan terperangkap di dalam kereta yang terbakar tersebut.

Dalam pada itu, seorang pemandu kereta Perodua Kelisa GX yang juga merupakan kawan kepada mangsa, Mohammad Ikhwan Hakim Daud, 21, dan pemandu lori, Mohd. Noridzuan Zainudim, 28, turut mengalami kecederan pada bahagian leher.

Menurut Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin, Nurul Emylia dan Mohammad Ikhwan dikatakan dalam perjalanan pulang ke Pasir Puteh, Kelantan dari Kuala Terengganu.

Pada masa sama, sebuah lori milik sebuah butik pengantin sedang menghala ke kawasan hutan berhampiran lokasi kejadian bagi mengutip ranting kayu untuk dijadikan dekorasi pelamin sebuah majlis perkahwinan di Penarik di sini.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, lori itu dikatakan telah memberi isyarat membelok ke kanan namun kereta Perodua Kelisa GX dibelakangnya cuba memotong tetapi gagal.

Untuk makluman, kedua-dua kenderaan terbabit telah mengalami kebakaran akibat daripada kemalangan tersebut.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas