Connect with us

Oh! Media

Wanita Purdah Tipu Duit Kahwin, Kebas RM18,000 Dan 80gram Emas?

Trending

Wanita Purdah Tipu Duit Kahwin, Kebas RM18,000 Dan 80gram Emas?

Di sebalik imej berpurdah dan suara lemah lembut, seorang wanita dikatakan sanggup menipu untuk kepentingan diri sendiri.

ADVERTISEMENT

BACA: Suami Pinjam Duit Isteri RM120k Kantoi Guna Untuk Kahwin Baru

Memetik laporan Kosmo!, wanita tersebut dipercayai tidak jadi berkahwin menyebabkan seorang lelaki kerugian RM18,000.

Wanita itu memberi alasan bakal pengantin lelaki sering memalukan ibu bapanya menyebabkan dia mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan.

Bakal pengantin lelaki menyedari dirinya ditipu apabila wang berjumlah RM18,000 dan barangan kemas 80 gram tidak dikembalikan selepas perkahwinan dibatalkan.

purdah

Menerusi rakaman tular di media sosial, seorang lelaki yang menjadi wakil kepada bakal pengantin lelaki menyoal siasat mengapa wanita itu bertindak sedemikian.

Awak dengan dia tak kahwin lagi, awak janji nak kahwin dengan dia, sebelum ni dia sudah bagi awak RM18,000 dan barang kemas 80gram kepada awak dan ustaz ni.

Meninjau ke ruangan komen, netizen menjelaskan kejadian itu sudah lama berlaku menyebabkan bakal pengantin lelaki menghantar wakil untuk menyelesaikan masalah.

Dah lama berlaku, tetapi wanita ni tak nak selesai cara baik. Katanya mereka memang nak tipu orang.

Menurut seorang warganet, wanita dan keluarganya didakwa menipu bakal suaminya selepas mendapat duit. Sampai sekarang duit RM18,000 tu tak tahu ke mana.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas