Connect with us

Oh! Media

Wanita Mengaku Bersalah Tikam Rakan Sekolah Sampai Mati Dipenjara 30 Tahun

Oh! Tidak

Wanita Mengaku Bersalah Tikam Rakan Sekolah Sampai Mati Dipenjara 30 Tahun

Empat tahun yang lalu, Malaysia digemparkan dengan satu kejadian menyayat hati apabila seorang pelajar wanita ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman dan dipercayai dibunuh kawan sekolahnya. 

ADVERTISEMENT

Hari ini, tertuduh sudahpun mengaku bersalah dan Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun. Tertuduh, Siti Nur Athirah Azmi, 23 mengaku bersalah di hadapan Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Siti Nur Surya Ismail, 19, di rumah di Kampung Lubuk Batu, Jalan Bukit Tadok, Telemong, Hulu Terengganu antara jam 8.30 pagi hingga 9.30 pagi pada 1 November 2020.

Pesalah yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan boleh dihukum mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun dan tidak kurang 12 sebatan sekiranya tidak dijatuhkan hukuman mati.

Hakim Datuk Hassan bagaimanapun memutuskan hukuman penjara mengikut Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023.

Mahkamah mengarahkan hukuman penjara bermula daripada tarikh tangkap iaitu pada 2 November 2020.

Kredit: Buletin TV3

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas