Connect with us

Oh! Media

Wanita bogel bintulu

Oh! Tidak

Wanita Ini Berbogel Di Khalayak Ramai Sambil Mengamuk Cetus Panik Orang Awam

Baru-baru ini, tular insiden mengejutkan di pasar lama Bintulu, Sarawak apabila seorang wanita muncul dalam keadaan bogel sambil mengamuk. 

Menurut laporan mStar, kejadian yang berlaku pagi Isnin itu mencetuskan panik di kalangan orang ramai.

IKLAN

Wanita tersebut dipercayai mengalami masalah kesihatan mental telah bertindak agresif di tengah jalan raya hingga mengganggu laluan trafik. 

Keadaan menjadi lebih tegang apabila dia menendang beberapa kenderaan, termasuk sebuah kereta peronda polis (MPV) yang tiba untuk mengawal keadaan.

Polis dan JKM bertindak

simbah minyak panas

Tidak cukup dengan itu, wanita tersebut turut masuk ke sebuah kedai makan berhampiran dan mencetuskan kebimbangan pengunjung di situ. 

Walau bagaimapun, pihak polis tidak melakukan sebarang penahanan terhadap wanita tersebut. Sebaliknya, dia diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan selanjutnya.

Netizen bersimpati dengan wanita itu

Insiden ini menjadi topik perbualan hangat di media sosial selepas beberapa gambar kejadian tular. Ramai netizen meluahkan rasa simpati terhadap wanita tersebut dan berharap dia mendapat bantuan sewajarnya.

Kasihan dia… kalau dia sedar, dia takkan buat begitu. Semoga ada orang yang bantu selesaikan masalah dia.

Kebanyakan mereka menasihatkan agar masyarakat tidak mentertawakan individu yang mengalami masalah seperti ini kerana tidak mustahil perkara serupa boleh berlaku kepada diri atau keluarga sendiri.

#OhmediaNasihat

Kejadian ini mengingatkan kita tentang pentingnya memahami isu kesihatan mental dalam masyarakat. Mereka yang menghadapi tekanan mental bukanlah untuk dipersenda, tetapi seharusnya dibantu dengan kasih sayang dan empati. 

Jika korang pernah melihat situasi seperti ini, laporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan sewajarnya.

Wanita bogel bintulu

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: mStar


Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas