Connect with us

Oh! Media

Wanita Hina Pemakaian Niqab! Suami Orang Pula Gigih Bagi ‘Gift’ Semata Nak Tengok Aset

pemakaian niqab

Oh! Tidak

Wanita Hina Pemakaian Niqab! Suami Orang Pula Gigih Bagi ‘Gift’ Semata Nak Tengok Aset

Semakin ramai yang berani mempermainkan agama, tanpa rasa malu dan terang-terangan lakukan maksiat. Terbaru, ada seorang wanita ini telah menghina pemakaian niqab dengan ‘menjual diri’.

ADVERTISEMENT

Wanita ini menjadi bahan bualan netizen gara-gara tindakannya yang didakwa mencemarkan nama baik agama Islam dalam sesi siaran langsung di TikTok.

Video ini mendapat perhatian selepas dikongsikan kembali seorang pengguna Twitter, di mana seorang wanita lengkap berniqab giat mengumpul ‘gift’ aplikasi TikTok dan menawarkan ‘sesuatu’ sebagai balasan terutamanya kepada pengikut tegarnya.

Ramai suami orang tanpa rasa malu heboh bagi gift…

Di akhir video, wanita itu menunjukkan payudaranya yang sedikit jelas meskipun ditutup dengan kain jarang selepas berpuas hati dengan gift yang diberikan pengikut.

Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen itu bertindak melampau dan tidak senonoh selain menjatuhkan maruah sebagai seorang muslimah.

Netizen juga beranggapan bahawa pengguna TikTok kebanyakannya mudah tertipu dan terpedaya sehingga sanggup menghabiskan duit semata-mata untuk ‘content’ lucah seperti itu.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas