Connect with us

Oh! Media

Wanita Hamil Tujuh Bulan Mati Ditembak Di Perut

Trending

Wanita Hamil Tujuh Bulan Mati Ditembak Di Perut

Seorang wanita hamil yang hamil selama tujuh bulan ditemui maut selepas ditembak dibahagian perut.

ADVERTISEMENT

BACA: Tidak Puas Hati Dengan Pembahagian Harta Arwah Bapa, Anak Kerat Ibu 15 Bahagian

Sinar Harian melaporkan, mangsa bernama Farrah Emirah Mazlan, 26, yang juga merupakan seorang peniaga ditemukan dalam keadaan terbaring di tempat duduk pemandu di Kampung Teresek Repek, Pasir Mas dengan kesan tembakan di bahagian perut sebelah kiri.

Menurut pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, pihak polis mendapat satu laporan yang dibuat oleh orang awam mengenai penemuan mayat seorang wanita dalam sebuah kenderaan jenis Nissan Cefiro yang di parkir di tepi jalan.

Hasil temubual dengan saksi awam mendapati kereta yang dinaiki mangsa sudah berada di tepi jalan sejak petang Jumaat.

Menurutnya lagi, hasil pemeriksaan awal yang dilakukan di tempat kejadian, pihak polis menjumpai satu kelongsong peluru di bahagian kaki tempat duduk penumpang di belakang sebelah pemandu.

Tambah Muhamad Zaki lagi, wanita berkenaan kini sedang hamil selama tujuh bulan setelah disahkan sendiri oleh ibu mangsa.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Pasir Mas bagi proses bedah siasat dan kes akan disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas