Connect with us

Oh! Media

Tidak Puas Hati Dengan Pembahagian Harta Arwah Bapa, Anak Kerat Ibu 15 Bahagian

menyamar polis

Trending

Tidak Puas Hati Dengan Pembahagian Harta Arwah Bapa, Anak Kerat Ibu 15 Bahagian

Seorang lelaki disyaki membunuh ibu kandungnya sendiri dengan mengeratnya kepada 15 bahagian di tahan pihak polis di Taman Kerian, pagi tadi.

ADVERTISEMENT

BACA: Sedih Dan Luluh Hati Si Ibu, Anak Menangis Digelak Rakan Sekolah Kerana Tiada Ayah

Sinar Harian melaporkan suspek bertindak membuang mayat tersebut dalam tangki kumbahan selepas mengerat ibu kandungnya itu 15 bahagian kerana tidak berpuas hati dengan pembahagian harta pusaka arwah ayahnya.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, pada Sabtu yang lalu, pihaknya menerima satu laporan mengenai penemuan potongan daging yang dipercayai merupakan anggota badan manusia pada pukul 3.30 petang.

Siasatan yang dijalankan menemukan 15 keratan bahagian tubuh mayat yang telah dipotong.

Susulan itu, tangkapan dilakukan terhadap anak lelaki mangsa berusia 42 tahun.

Datuk Mior menambah, mangsa yang berusia 68 tahun tinggal berdua bersama suspek di rumah mereka di Taman Kerian sejak 12 tahun yang lalu.

Hasil siasatan awal, kejadian berpunca daripada rasa tidak puas hati suspek terhadap pembahagian harta pusaka mendiang bapanya.

Polis merampas sebilah parang, dua pisau dan barang-barang yang digunakan suspek dalam kejadian itu.

Suspek ditahan bagi membantu siasatan dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas