Connect with us

Oh! Media

Wanita Ditahan Bantu Siasatan Kes Belasah Suami Hingga Maut, Anak 11 Tahun Saksi Kejadian

Trending

Wanita Ditahan Bantu Siasatan Kes Belasah Suami Hingga Maut, Anak 11 Tahun Saksi Kejadian

Seorang wanita berjaya ditahan polis dipercayai ketika cuba melarikan diri selepas disyaki membelasah suami sendiri hingga maut.

ADVERTISEMENT

BACA: Suami Pukul Isteri Hingga Tidak Bernyawa Sehari Sebelum Aidilfitri Hanya Kerana Mangsa Dedahkan Kecurangan

Memetik laporan Kosmo!, dalam kejadian di kawasan perumahan Flat Nipah, Taman Daya, Johor Bahru, mangsa ditemui meninggal dunia dalam keadaan terbaring di dalam rumahnya.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, anak sulung yang berusia 11 tahun merupakan saksi kejadian itu.

Polis mendapat panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 7.50 pagi sebelum bergegas ke tempat kejadian. Suspek dapat diberkas di kawasan sekitar.

Jelasnya, suspek akan ditahan reman untuk membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pihak polis setakat ini masih menyiasat motif dan senjata digunakan dalam kejadian itu.

Jiran mendakwa suspek dan mangsa sebelum ini kerap bergaduh dan suspek pernah ditahan polis.

Berdasarkan maklumat daripada sumber pula, suspek dijumpai dalam keadaan kakinya terikat selain terdapat kesan lebam pada sebelah kanan mukanya.

Suspek ditahan polis di kawasan sekitar pada pukul 9.40 pagi dipercayai cuba melarikan diri.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas