Connect with us

Oh! Media

Wanita Dakwa Suami Muntah Dan Cirit Birit Lepas Makan Pizza Wagyu Dari Usahawan Kontroversi

Pizza Wagyu

Oh! Tidak

Wanita Dakwa Suami Muntah Dan Cirit Birit Lepas Makan Pizza Wagyu Dari Usahawan Kontroversi

Kecoh di Threads, seorang wanita mendakwa suaminya terpaksa dikejarkan ke klinik gara-gara muntah dan cirit-birit selepas menikmati pizza wagyu yang dibeli daripada seorang usahawan popular.

Kejadian itu berlaku pada hari Ahad dan telah mengundang perhatian ramai orang.

Suami cirit birit, muntah lepas makan pizza wagyu

Dakwa wanita berkenaan, doktor yang merawat mengesyaki ianya mungkin berpunca daripada cara makanan tersebut dikendalikan.

IKLAN
Pizza Wagyu
Screenshot 2025 05 19 124827

Pasangan terbabit difahamkan sudah membuat laporan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk siasatan lanjut.

Screenshot 2025 05 19 130050
Screenshot 2025 05 19 130129
Screenshot 2025 05 19 130105

Perkongsian wanita itu turut membuka ruang kepada individu lain untuk tampil berkongsi pengalaman serupa.

Pizza

Ada seorang individu lain mendakwa pernah mengalami kejadian sama selepas membeli pizza dari usahawan itu.

Dia memaklumkan insiden tersebut berlaku pada tahun 2023 iaitu sebelum usahawan itu berpisah dengan bekas isterinya.

Pssttt! Diharapkan pihak berkuasa dapat menyiasat dakwaan yang dibuat ini. Kalau benar ada kes keracunan makanan, tindakan sewajarnya perlu diambil.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas