Connect with us

Oh! Media

Tetamu Kecewa Dengan Pizza Wagyu Dekat Majlis Perkahwinan Jofliam

Jofliam Pizza Wagyu

Trending

Tetamu Kecewa Dengan Pizza Wagyu Dekat Majlis Perkahwinan Jofliam

Majlis perkahwinan usahawan terkenal, Jofliam dan isterinya, Dewi yang sepatutnya menjadi kenangan manis, kini bertukar jadi bahan perbualan hangat di media sosial apabila pizza wagyu percuma yang dijanjikan tidak menepati jangkaan.

Menerusi perkongsian di platform Threads, beberapa tetamu meluahkan rasa kecewa apabila pizza yang dihidangkan bersaiz kecil, inti sedikit dan lebih menyedihkan, ada yang hangus.

IKLAN

Kecewa dengan Pizza Wagyu Jofliam

Seorang pengguna turut mendakwa dia terpaksa beratur panjang dan bersaing dengan 8,000 orang untuk mendapatkan sekeping pizza wagyu yang dikatakan istimewa itu.

Roti nan mamak pun nampak lagi menyelerakan.

Ada netizen menyifatkan hidangan itu seolah-olah dibuat sekadar melepaskan batuk di tangga, hingga menimbulkan dakwaan bahawa tuan rumah tidak ikhlas menyajikan makanan kepada tetamu.

Mungkin tak sempat nak masak elok?

Difahamkan, sebelum ini Jofliam mengumumkan akan mengagihkan pizza wagyu percuma kepada 300 tetamu terawal sebagai tanda meraikan hari bahagianya bersama Dewi.

Walaupun niat Jofliam disambut baik, ramai berpandangan pengurusan makanan perlu dititikberatkan, terutama jika melibatkan orang ramai dan promosi besar-besaran.

#ApaKataOhmedia

Kalau nak buat majlis besar-besaran, pastikan kualiti makanan dikawal supaya tetamu rasa dihargai. Niat baik takkan sampai kalau pelaksanaan hambar.

Jofliam Pizza Wagyu

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Threads


Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Trending

Trending Di Youtube

Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas