Connect with us

Oh! Media

Viral Notis Bos Larang Staf Cas Telefon Di Pejabat, Tolak Gaji Kalau ‘Degil’

Trending

Viral Notis Bos Larang Staf Cas Telefon Di Pejabat, Tolak Gaji Kalau ‘Degil’

Tular di media sosial notis peringatan daripada majikan (bos) di mana pekerjanya dilarang mengecas telefon bimbit atau sebarang alat elektronik lain di pejabat.

ADVERTISEMENT

BACA: Majikan Akan Kena Penalti Jika Hubungi Pekerja Lepas Waktu Kerja?

Majikan menegaskan tindakan itu seumpama mencuri elektrik yang disediakan majikan untuk tujuan bekerja. Dalam notis itu juga, majikan berkata, sesiapa yang berdegil dan didapati melanggar peraturan akan ditolak gajinya.

Malah, pekerja juga diminta untuk memadamkan telefon ketika berada di pejabat. Wow tegas betul!

Memetik laporan indiatoday, notis peringatan ini telah dimuat naik seorang pengguna di laman Reddit dengan kapsyen, “Salah satu notis tidak munasabah dan tidak berkesudahan daripada bos saya. Seronok kerja di sini.”

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian ramai sehingga mendapat 3,000 komen. Rata-rata memberi respon menceritakan pengalaman masing-masing berdepan dengan majikan yang pelik.

Pernah jadi juga di Walmart. Masa tu lunch hour, mereka cakap saya tak boleh cas telefon. Mereka cakap saya dah curi elektrik. Dah macam penjara pula.

Walaupun kelihatan sedikit aneh, wujud rupa-rupanya majikan seperti ini.

Sebagai seorang pekerja pula, kita hendaklah amanah dalam melakukan pekerjaan.

Janganlah waktu bekerja dihabiskan dengan bermain games atau melayari media sosial di telefon. Memanglah bos naik angin. Betul tak?

Kredit: indiatoday

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas